Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Friday, June 1, 2018

Belajar Dari Mereka

Kehidupan setiap manusia itu berbeza beza. Cara hidupnya, budaya nya. Semua itu di corakkan oleh individu itu sendiri. Di adun kan nilai nilai kehidupan itu pada generasi dan keturunan mereka yang seterusnya. Semuanya dengan cara tersendiri. Namun setiap individu itu ada nilai positif nya yang tersendiri. Kadang kala, ia nya tidak pernah terlintas dek akal.

Setiap dari kita, kadang kadang selesa dengan kehidupannya sehingga mereka gunakan peluang dan kelebihan keselesaan itu untuk mendabik dada, untuk membawa gaya tersendiri itu di khalayak ramai, lalu membuka perihal nya kepada yang lain tanpa pernah melalui atau melihat kehidupan mereka yang lainnya.

Manusia itu di datangkan dengan pelbagai ujian yang membuatkan mereka mengorak langkah melalui kehidupan ini mengikut tarbiyah yang singgah di qalbu mereka. Sesekali kita perlu berjalan. Melihat kehidupan hamba Ilahi yang lain. Untuk menyingkap seribu pengajaran yang boleh dijadikan qudwah hasanah untuk kita sendiri menerajui kehidupan ini ke arah yang lebih berkualiti.

Maka teruskan lah berjalan selagi di izinkan Tuhan. Mengenali setiap hamba Nya.  Untuk mendidik hati agar lebih tunduk. Semoga setiap itu dijadikan bekal untuk melalui kehidupan hari esok.

Tuesday, May 15, 2018

Birthday Gifts

8th May 2018 is my born day.

I thought I have archieved apart of what I want.
The biggest gift that I got from Him is My New Malaysia.
My new prime minister is a gift for me on my new age.
His idea, thought and all the things that come from him is just like something that I respect and those things really inspire me.

I do not know why, but I felt this is the things that Allah had given to me on my new age.

I am happy with the new.

Sunday, April 8, 2018

Pendiam

Kadang kadang aku cuba nak bercakap. Tetapi aku tidak pernah ada keberanian untuk melontarkan kata kata. Mungkin kerana kurang biasa dengan orang orang tertentu.

Aku masih cuba belajar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi aku tidak cukup yakin.

Memang dari dulu aku kurang bercakap. Tapi kata orang,bila dewasa kekurangan kita bolrh dibaiki.

Aku cuba. Tapi sukar. Semoga Allah beri aku kekuatan dan kemahiran untuk berkomunikasi supaya tiba saat nanti, aku mampu melontarkan kata kata yang bermanfaat dan menyenangkan hati semua orang yang mendengar.

Mandi Sungai

Semenjak kecil hinggalah menginjak dewasa. Aku memang tidak pernah sekali pun mandi sungai. Mungkin disebabkan keluarga aku yang sangat menjaga untuk aku tidak buat aktiviti aktiviti seperti itu. Disamping kawasan tempat aku tinggal agak sukar untuk mendapatkan sungai sungai yang menarik untuk mandi dan berkelah.

Hingga suatu hari aku pergi bercuti dikampung rakan baik aku. Di situ aku belajar banyak perkara. Antaranya aktiviti mandi sungai ini.

Memang dulu aku langsung tidak mandi air sejuk. Di rumah semua disediakan air panas untuk mandi. Tambahan pula aku ada penyakit athma sejak lahir.

Tapi. Menginjak ke alam dewasa. Aku mahu mengenali, melihat dan menikmati keindahan Tuhan. Disebabkan itu aku belajar banyak perkara yang tak pernah aku lalui

Tuesday, April 3, 2018

Sakit Belakang

Lebih kurang dua minggu aku mengalami sakit belakang yang agak teruk. Sehingga diwaktu tertentu aku perlukan bantuan orang lain untuk bangun. Apabila berdiri dan berjalan, terasa sangat sakit.

Mungkin ni ujian Dia untuk aku. Rasa sakit yang sangat teruk, hilang selera makan, tidak ada mood untuk bersuka ria mahupun gelak ketawa.

Alhamdulillah. Hari ini dah bertambah baik. Semoga Allah terus beri aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini.

Apa yang aku ada ini hak milik Nya. Dan kepadaNya aku bermohon agar dilindungi segala apa yang benar benar aku sayang.

Monday, April 2, 2018

Belajar Di Setiap Perjalanan

Belajar di setiap perjalanan. Dalam kehidupan kita, terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari. Kadang-kadang kita hanya berada dalam satu zon selesa tanpa kita pandang keadaan sekeliling. Apabila kita keluar dari zon tersebut, akan terasa kehidupan kita terlalu kosong. Rupanya masih banyak yang belum kita terokai akan alam ciptaanNya ini.

Hidup ini perlukan penghijrahan. Hijrah rohani dan jiwa kita serta hijrah ke tempat-tempat lain sama ada sekadar bermusafir atau menetap di tempat baru.

Setelah menapak ditempat yang baru kita terokai itu, di situlah kita dapat lihat keindahan ciptaan Nya. Dalam masa yang sama, di situ juga kita dapat belajar budaya kehidupan insan-insan lain dan di situ juga kita boleh ambil teladan setiap yang baik untuk kita perbaiki kehidupan ini.

Andai hari ini, kita seorang yang dilahirkan dalam kehidupan yang mewah, hanya bergaul dengan segenap manusia yang setaraf. Andai hari ini kita dibesarkan dalam kawasan bandar yang kehidupannya sangat berbeza dengan kehidupan di kampung. Andai hari ini kita dikelilingi dengan insan yang baik dari segi kehidupannya.

Mungkin pada satu masa, kita perlu letakkan diri kita diluar kebiasaan kehidupan kita. Belajar untuk melihat kehidupan orang lain. Bukan untuk jadikan kehidupan mereka sebagai apa yang kita impikan. Tetapi menjadilan budaya kehidupan mereka sebagai manfaat untuk hidup kita. Andai ada sesuatu yang negatif pada apa yang dilihat, kita jadikan sebagai sempadan.

Kadang-kadang kita diajar untuk hanya berada dalam kehidupan kita sendiri sehinggakan hari ini kita merasakan kehidupan kita lah yang paling baik dan orang lain itu sebagai sesuatu yang sangat rendah di mata kita.

Melewati disetiap tempat yang dijejaki, bukanlah sekadar untuk bergelak ketawa, melepaskan segala yang terbedan difikiran. Tetapi, itulah peluang untuk menggali ilmu pengetahuan yang masih tersurat.

Mohon pada Nya. Agar meredhai perjalanan kehidupan kita ini. Disetiap tempat yang dijejaki. Letakkan hati tersemat rapi bersamaNya. Moge kita juga disenangi dan disayangi oleh setiap manusia yang kita jumpai.

Tuesday, March 27, 2018

Tomy

Dari kecik, aku jaga kau. Peluk kau. Cium kau.
.
Lepas subuh tadi kau tunggu aku kat pintu.
.
Aku sibuk sikit. Jadi aku sentuh kau sekejap je.
.
Sayang nye aku kat kau. Sayang sangatt. Dari kau baby.
.
Aku bawak kau duk kat bahu ni. Waktu aku makan pun kau ada sekali.
.
Aku panggil nama kau, mesti kau datang.
.
Semalam sebelum pergi keje. Kau tunggu kat pintu pagar. Tengok aku pergi keje.
.
Tapi hari ni kau tak de dah. Ade orang langgar kau. Tu laa. Salah kau.
.
Sape suruh lintas jalan tak tengok kiri kanan.
.
Sedih. Aku sayang kau sangat.
.
Moge jumpa kat sana nanti yee..
.
Bai bai Tomy. Sanggup kau tinggal aku.

Sunday, March 18, 2018

Ke Melaka

02 - 04 Mac 2018

Trip ke Melaka ini tidak di rancang. Pada awalnya, perlu ke sana atas dasar urusan kerja. Tapi, ianya menjadi seperti satu percutian yang menghiburkan.

Peluang ini juga saya ambil untuk melepaskan segala tekanan baik dari segi kerja mahupun kehidupan biasa.

And I wish I could be there again. I really enjoy it.



Kehidupan Baru

Puas merenung masa lampau. Di tilik semua sudut. Namun tiada jawapan untuk merubah. Di dongak ke langit. Mencari ruang untuk bernafas seketika. Mencari tempat untuk berteduh sementara.

Kadang kadang terasa sudah tiada peluang. Tapi sebenarnya. Manusia selalu lupa. Nikmat dan peluang sentiasa ada. Cuma bergantung pada empunya diri untuk mengorak langkah mencorakkan kehidupan.

Sudah 2018. Tiba masanya. Perjalanan dulu dilupakan. Bukan mahu melupakan asal diri sendiri. Tapi untuk menutup segala rasa pahit. Melupakan segala rasa perit. Kerana sudah tiba masanya perjalanan ini perlu di teruskan.

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu dicipta. Sebelum dicipta, perlu difikir kehidupan yang bagaimana diimpikan oleh sebuah jiwa. Setelah itu. Barulah kehidupan ini dibentuk lagi. Menjadi sebuah kehidupan yang baru.