Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Tuesday, April 3, 2018

Sakit Belakang

Lebih kurang dua minggu aku mengalami sakit belakang yang agak teruk. Sehingga diwaktu tertentu aku perlukan bantuan orang lain untuk bangun. Apabila berdiri dan berjalan, terasa sangat sakit.

Mungkin ni ujian Dia untuk aku. Rasa sakit yang sangat teruk, hilang selera makan, tidak ada mood untuk bersuka ria mahupun gelak ketawa.

Alhamdulillah. Hari ini dah bertambah baik. Semoga Allah terus beri aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini.

Apa yang aku ada ini hak milik Nya. Dan kepadaNya aku bermohon agar dilindungi segala apa yang benar benar aku sayang.

No comments :

Post a Comment