Ramai di kalangan sahabat-sahabat yang bertanya pada saya, bagaimana sekiranya selepas solat sunat taubat, kita tetap jugak membuat dosa yang sama? Dan ada yang tidak ingin melakukan solatsunat taubat tersebut kerana khuatir jika dosa yang lalu, tetap di ulangi.
Di sini, saya bukanlah seorang ustaz mahupun ustazah untuk menjawab soalan ini. Saya juga salah seorang hamba Allah yang penuh dengan dosa, mungkin juga kalian adalah lebih mulia daripada saya.
Tetapi, izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenai persoalan yang di kemukakan itu. Semoga kita sama-sama dapat berfikir dan dapat manfaat dari bicara ini..
********************************
Setiap individu tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Ini adalah satu fitrah yang sememangnya Allah ciptakan untuk hamba-hamba Nya. Tribulasi dunia hari ini, banyak membawa kita ke lembah dosa tidak kira dosa besar mahupun kecil.
Jadi, untuk menghapuskan dosa-dosa ini adalah sewajarnya kita tidak pernah putus-putus untuk bersujud pada Allah, berdoa, memohon keampunan dari-NYA.
Persoalan tentang 'Bagaimana Jika Selepas Solat Sunat Taubat, Buat Lagi Dosa yang Sama?'.. Seperti yang saya katakan, yang kita ini manusia yang selalu melakukan dosa. Kadang-kadang tanpa sedar kita ter buat dosa itu.
Sekiranya ingin melakukan solat sunat taubat ini, sertakan lah juga azam untuk tidak melakukan lagi dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan itu. Hidup kita akan datang, kita tidak akan pernah tahu. Kadang-kadang saat di uji, kita terjatuh. Kita ini manusia yang lemah. Keampunan dari Allah itu, haruslah selalu kita pohon. Moga-moga Allah redha hidup kita.
Cuba difikirkan, jika kita takut untuk melakukan solat sunat taubat, hanya kerana takut jika diri ini akan kembali melakukan dosa, adakah kita tahu, esok masih ada waktu untuk kita melakukan solat sunat taubat? adakah kita tahu, waktu kematian kita, 30 minit lebih awal untuk meberi ruang pada diri melakukan solat sunat taubat.?
Jadikanlah solat sunat taubat ini satu amalan harian kita yang kita lakukan setiap hari sebelum tidur. Dengan harapan Allah ampunkan dosa yang kita lakukan dalam sedar ataupun tidak. Dan berazam lah untuk jadikan hari seterusnya adalah lebih baik dari sebelumnya.
Jika setelah bertaubat kita terjatuh lagi, bangkitlah. Kuatkan diri, mohon ampun dari Allah, mohon kekuatan dari-Nya. Dan yang paling penting, dekatkan lah diri kita pada Allah. Apabila kita dekat dengan-Nya, kita akan rasakan yang dia terlalu dekat dengan kita. Yang penting jangan putus asa dengan rahmat Allah.
Dan ada jugak yang sesetengahnya, buat solat sunat taubat, tetapi tak berazam untuk tidak melakukan dosa tersebut kerana individu ini lebih mengetahui yang dia akan diberikan lagi peluang untuk buat solat taubat. Jika umur panjang, memang akan dikurniakan lagi waktu untuk buat solat sunat taubat dan bertaubat pada Allah ini. Tetapi jika umur pendek bagaimana? Adakah kita akan tahu yang saat kematian itu akan tiba, satu jam dari pada sekarang?
Jadi, sama-samalah kita fikir sejenak. Saya juga tidak sempurna, masih mencari-cari sesuatu untuk di isi di ruang hati agar diri ini menjadi lebih dekat pada Allah swt.. wallahua'llam..
Terima kasih
ReplyDeletesye pun buat dosa jgk brulang2 wlaupun lpas solat taubat.. smpai bile la bole brhenti buat dosa tuh.. hm
ReplyDeleteAlhamdulillah..moga hari esk lbh baik..nice posting..
ReplyDelete