Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Thursday, April 11, 2013

APABILA TERLANJUR SETELAH BERCINTA & INGIN BERUBAH

Beberapa hari lepas ada seorang hamba Allah berkongsi cerita tentang ketelanjuran setelah ber couple. Beliau telah menghantar sekeping e-mail pada saya dan bertanya tentang bagaimana untuk berubah dan apakah tindakan yang harus di lakukan.

Respond awal saya:

Pertama ingin saya menyatakan bahawa saya bukanlah seorang insan yang hebat untuk berbicara. Saya juga bukan pakar kaunseling mahupun ustazah. Jadi, di sini saya memberikan sedikit hujah daripada diri saya sendiri hanya sebagai seorang hamba Allah yang berusaha untuk melengkapkan diri dan hanya seorang hamba Allah yang masih lagi mula untuk bertatih mendalami pemahaman tentang kehidupan dan agama ini.

Justeru, jika terdapat kesilapan atau tambahan, saya bermohon agar rakan pembaca mempunyai kesanggupan untuk berkongsi hujah-hujah anda untuk membantu sahabat yang berkongsi cerita itu pada saya. Sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi keperibadian kita. Semoga Allah redha. insyaAllah.

Respond saya mengenai isu:

Pertama. untuk berubah, kita harus tanam satu semangat yang tinggi. Sebab bila kita mengambil langkah untuk berubah, ianya tidak mudah. Hanya orang yang betul-betul kental sahaja akan berjaya. Dan telah Allah nyatakan tiada siapa yang mampu merubah nasib sesuatu kaum, melainkan diri mereka sendiri. Jadi, di sini, haruslah kita letakkan usaha kita itu, sebagai satu tunjang akan perubahan yang ingin kita lakukan. Tidak mudah untuk kita menjadi seseorang yang berjaya.

Kedua, jangan pernah ada rasa putus asa dalam diri. Apabila kita semaikan sikap putus asa dalam diri kita, sampai bila pun kita tidak akan berjaya untuk lakukan perubahan. Memang kadang-kadang saya sendiri rasa malas dah nak berusaha untuk berubah, mulut orang duk kritik lagi. Hurmm.. Tapi, ada seorang sahabat saya nasihatkan; katanya... "Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Kadang-kadang mereka cuma iri hati melihat keadaan kita yang semakin baik.Apa-apa pun, buat yang terbaik untuk diri kita. Bila di kritik, re-check diri kita. Kalau apa yang kita buat itu adalah betul, maka teruskanlah." Saya harap, kata-kata sahabat saya ni, dapat menjadi pedoman untuk kita bersama. Bila di fikir, memang betul, mulut orang tak boleh nak tutup. Pedulikan saja kata-kata mereka. Tapi, ingat,,, jangan sampai kita membenci mereka. Mereka punya hak untuk berhujah. dan kita wajib menjaga hati kita dari semua perasaan yang negatif.Agar hati kita, sentiasa bersih dan krang ternoda dengan titk-titik hitam. 

Seterusnya untuk berubah ini, kita harus korbankan sesuatu yang kita suka untuk dapatkan sesuatu yang lebih indah. Jadi, apabila terlanjur atau merasakan sesebuah hubungan itu, akan merosakkan hubungan kita dengan Allah, maka tinggalkan saje hubungan kita dengan manusia itu. Jauhilah maksiat demi kerana Allah swt. InsyaAllah, apabila kita meninggalkan sesuatu dengan niat kita hanya kerana Allah, Allah akan memberikan sesuatu yang lebih indah pada kita dalam keadaan yang tidak kita jangka kan. Justeru jangan takut untuk berkorban hanya kerana Allah dan agama Allah ini. Tapi ingat, kita menjauhi seseorang itu bukan kerana benci pada dia, bukan kerana ingin memutuskan ukhwah. Tapi putuslah kerana cinta kita pada Allah, kerana takutkan azab Allah. Putuskanlah ukhwah itu kerana cinta pada manusia tadi. Kita inginkan dia bahagia, tidak hanya di dunia. tapi di akhirat sana juga. Jika kita tidak meninggalkan dia, mungkin kita akan kekal mengheret dia ke lembah dosa dan seterusnya ke neraka jahanam. Jika cinta, sanggup kah kita melihat si dia sakit saat di campak ke dalam api nanti?

Dan yang terakhir, jagalah hubungan dengan Allah. Inilah sesuatu yang paling asas dalam kehidupan kita. Jaga solat itu satu langkah yang paling asas yang kita kena lakukan. Solat itu sesuatu yang wajib. Jadi, jangan malas-malas untuk solat. Bila kita rasa malas, cuba jugak paksa diri untuk buat. Walaupun mungkin bila dipaksa, kita akan buat secara sambil lalu saje, maka teruskan dengan keterpaksaan itu. aksa jugak diri kita untuk mendirikan solat. Memang sukar, jika kita tidak pernah solat, tapi nak paksa diri untuk solat. Tapi, ingat, dalam keterpaksaan itu, sekurangnya kita berusaha untuk mendekati Allah. Dan Allah tidak akan menzalimi hambaNYA. InsyaAllah, satu hari, Dia akan buka pintu hati hambaNya yang ingin berubah itu agar lebih mendekatkan diri pada Allah. Paksa lah diri, lama-lama ikhlas itu akan muncul jua. Jaga hubungan dengan Allah, banyakkan berdoa. Mohon ampun dari Allah dengan sepenuh hati. Jadikan Dia  tempat pergantungan kita sepenuhnya. Serahkan diri kita ini padaNYA.

Ingatlah, perubahan itu bukan sesuatu yang mudah. Bila kita mulakan langkah untuk berubah, maka perjalanan itu tidak akan di bentangkang dengan karpet merah, namun ianya di penuhi duri-duri yang harus kita tempuhi..

Semoga kita dapat sama-sama berubah ke arah kebaikan.. insyaAllah.. Allahuakbar..


No comments :

Post a Comment