Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Tuesday, July 22, 2014

#Bergerak Mencari Tuhan

Bila kamu bergerak mencari Tuhan, ia tak semudah yang kamu sangka. Di perjalanan itu, berjuta mehnah yang harus kamu lalui. Terutamanya, ujian dalam kalangan manusia.

Mengutuk.Mengeji.Mengkritik.

Itu semua kerja manusia yang berakal. Tidak termasuk lagi mereka yang menggunakan otak rasional dan perasan bijak mereka untuk menilai. Menilai dengan keadaan memeritkan jiwa raga kamu.

Waktu itu. Kamu mungkin jatuh. Kamu akan sakit. Kamu akan rebah. 

Bila kamu sudah memilih jalan untuk bergerak mencari Tuhan. Jangan kamu berhenti di titik kesakitan dan kecederaan kamu itu. Sebaliknya, jadikan itu jalan kebangkitan kamu. 

Mungkin. Di saat itu kamu silap membuatkan mulut-mulut manusia yang celaka dan busuk itu terbuka tanpa penghadang. Mungkin juga mereka tersilap menilai kamu.

Inilah ujian. Inilah durinya. Bila kamu berada di jalan ini, maka redah sajelah. Redah. Moga Tuhan terus memberi kekuatan.

Allah satu-satunya Tuhan yang akan menilai amal kamu. Di ciptakan kamu untuk membuat khilaf dan pembetulan. Bukan hanya kebenaran tanpa silap. Bukan juga kesilapan tanpa jalan ke arah kebenaran dan pembetulan. Itulah yang di namakan taubat.

Di kurniakan pintu kemaafan untuk kamu si pendosa besar atau himpunan dosa-dosa sebesar kuman yang akhirnya membukit dan membusuk. Sebusuk-busuknya.

p/s: Kata-kata ini juga untuk ku yang hampir rebah di perjalanan dan untuk kamu juga. Semuanya yang punya kesedaran.

Moge Allah lindungi kita dari termasuk dalam golongan yang zalim.