Hurmm,, semakin banyak dugaan apabila kita cuba untuk melakukan kebaikan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa? Saya tidak tahu kenapa. tapi, setiap kali di duga apabila ingin melakukan kebaikan pada diri sendiri mahupun pihak lain, saya akan duduk dan berfikir, adakah benar apa yang saya lakukan? Kemudian, mohon petunjuk dari Allah jika, tindakan itu adalah salah, mohon di beri petunjuk ke jalan yang benar. Ingatlah juga, setiap kali kita merancang atau melangkah untuk melakukan kebaikan, akan banyak dugaan yang menimpa.. Perjalanan untuk kita melakukan sesuatu yang baik itu, tidak akan di hiasi dengan karpet merah, yang apabila di pijak, akan terasa selesanya sehingga ke akhir perjalanan. Namun, perjalanan itu seperti di dalam sebuah kawasan semak samun, penuh belukar, duri dan bermacam yang agak menyakitkan dan memerlukan kita untuk berfikir dan memerlukan satu daya usaha yang lebih. Ambiklah semua itu sebagai pengajaran.
Jika kita di cemuh, di hina, ambiklah kata-kata itu. Mungkin ianya peringatan dari Allah untuk kita. semak kembali tindakan kita. Mungkin kita silap dalam melakukan beberapa perkara. Namun, jika kita benar-benar silap, jangan sesekali berputus asa. Ingatlah bahawa perjuangan dalam kehidupan ini tidak akan berjaya seandainya putus asa menjadi teman rapat kepada semangat perjuangan kita itu. Tidak ada yang mudah untuk berjaya. Ya.. Berjaya dalam apa jua aspek sekali pun. Setiap cemuhan dan tomahan itu, jadikan ianya sebagai satu faktor untuk kita memperbaiki diri. Kita manusia yang tidak sempurna, lemah. Mungkin ada silap kita di mana-mana. Jadikan hinaan orang itu, sebagai tunjang untuk kita perkukuhakan peribadi kita ini.
Jangan merasakan diri kita ini sentiasa betul. Ada kalanya kita silap Dan terimalah kata-kata dan pandangan orang lain itu walaupun ianya menyakitkan. Jika mereka tetap dengan kata-kata hina mereka itu pada kita, biarkan mereka. Maafkanlah sahaja mereka. Jangan kotorkan hati kita ini dengan dendam. Biarlah prasangka mereka pada kita itu menjadi seperti angin yang hanya melintasi kita dan berlalu pergi. Jangan biarkan hati yang luka itu, mematahkan semangat kita untuk melakukan kebaikan. Dan ingatlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan itu adalah hanya kerana Allah.
************
Luaskan pemandangan kita terhadap orang lain. Apabila di hina, luaskan pandangan kita. Cuba untuk positif, jangan cepat mengamuk atau marah kepada pihak lain. Kerana itu akan memudaratkan diri kita. Apabila ada ujian yang menimpa kita dalam perjalanan kita untuk melakukan kebaikan, luaskan pandangan. Jadikan kata-kata mereka sebagai sesuatu yang positif dan yang paling penting jangan prasangka buruk pada orang. Mungkin mereka luahkan semua kata-kata itu adalah kerana pandangan mereka terhadap kita. Walaupun kita telah menjelaskan sesuatu yang benar, tiada niat menjahati mereka,, tetapkan hati kita dalam keadaan sabar. Untuk berubah, untuk melakukan kebaikan itu sukar sebenarnya. Banyak dugaan. Lebih-lebih lagi, kita ini hanya sekadar insan biasa yang penuh dengan salah dan silap satu ketika dahulu. Bila ini terjadi, ingat balik, kenapa kita lakukan kebaikan itu dan untuk apa kita lakukannya? jadikan Allah sebagai titik pergantungan kita.
Dan jangan pula kita yang berprasangka buruk pada orang yang ingin melakukan kebaikan. Jika ini berlaku, luaskan juga pandangan kita. Ambik saja apa yang mereka ingin katakan dan apa yang mereka lakukan. Kemudian, fikirlah sebelum kita keluarkan butir bicara. Ambik lah apa yang positif dan negatif. Fokus kepada dua bahagian pemikiran ini, kemudian bandingkan. Ingat, pemikiran yang baik sahaja yang akan melakuan tindakan yang cemerlang. Oleh itu, berfikir secara baik itu amat penting untuk kita jadi manusia yang cemerlang.
***********
Akhir kata, memang banyak dugaan yang menimpa sekiranya kita ingin berubah atau melakukan kebaikan. Sebaik-baiknya, sabarlah. InsyaAllah, Dia akan selalu ada di sisi kita. wallahua'llam
menarik...thank you
ReplyDeleteperkara biasa dalam kehidupan kita...itulah dinamakan ujian daripada Allah...
ReplyDeletemenarik blog,jalan2 sini...da follow juga...
teruskn berblog...