Kadang kadang aku cuba nak bercakap. Tetapi aku tidak pernah ada keberanian untuk melontarkan kata kata. Mungkin kerana kurang biasa dengan orang orang tertentu.
Aku masih cuba belajar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi aku tidak cukup yakin.
Memang dari dulu aku kurang bercakap. Tapi kata orang,bila dewasa kekurangan kita bolrh dibaiki.
Aku cuba. Tapi sukar. Semoga Allah beri aku kekuatan dan kemahiran untuk berkomunikasi supaya tiba saat nanti, aku mampu melontarkan kata kata yang bermanfaat dan menyenangkan hati semua orang yang mendengar.
No comments :
Post a Comment