Kehidupan setiap manusia itu berbeza beza. Cara hidupnya, budaya nya. Semua itu di corakkan oleh individu itu sendiri. Di adun kan nilai nilai kehidupan itu pada generasi dan keturunan mereka yang seterusnya. Semuanya dengan cara tersendiri. Namun setiap individu itu ada nilai positif nya yang tersendiri. Kadang kala, ia nya tidak pernah terlintas dek akal.
Setiap dari kita, kadang kadang selesa dengan kehidupannya sehingga mereka gunakan peluang dan kelebihan keselesaan itu untuk mendabik dada, untuk membawa gaya tersendiri itu di khalayak ramai, lalu membuka perihal nya kepada yang lain tanpa pernah melalui atau melihat kehidupan mereka yang lainnya.
Manusia itu di datangkan dengan pelbagai ujian yang membuatkan mereka mengorak langkah melalui kehidupan ini mengikut tarbiyah yang singgah di qalbu mereka. Sesekali kita perlu berjalan. Melihat kehidupan hamba Ilahi yang lain. Untuk menyingkap seribu pengajaran yang boleh dijadikan qudwah hasanah untuk kita sendiri menerajui kehidupan ini ke arah yang lebih berkualiti.
Maka teruskan lah berjalan selagi di izinkan Tuhan. Mengenali setiap hamba Nya. Untuk mendidik hati agar lebih tunduk. Semoga setiap itu dijadikan bekal untuk melalui kehidupan hari esok.
No comments :
Post a Comment