Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Sunday, March 18, 2018

Kehidupan Baru

Puas merenung masa lampau. Di tilik semua sudut. Namun tiada jawapan untuk merubah. Di dongak ke langit. Mencari ruang untuk bernafas seketika. Mencari tempat untuk berteduh sementara.

Kadang kadang terasa sudah tiada peluang. Tapi sebenarnya. Manusia selalu lupa. Nikmat dan peluang sentiasa ada. Cuma bergantung pada empunya diri untuk mengorak langkah mencorakkan kehidupan.

Sudah 2018. Tiba masanya. Perjalanan dulu dilupakan. Bukan mahu melupakan asal diri sendiri. Tapi untuk menutup segala rasa pahit. Melupakan segala rasa perit. Kerana sudah tiba masanya perjalanan ini perlu di teruskan.

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu dicipta. Sebelum dicipta, perlu difikir kehidupan yang bagaimana diimpikan oleh sebuah jiwa. Setelah itu. Barulah kehidupan ini dibentuk lagi. Menjadi sebuah kehidupan yang baru.

No comments :

Post a Comment