Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Monday, April 22, 2013

BAGAIMANA BILA DI HINA?

Di hina, di kritik itu mungkin perkara biasa dalam kehidupan kita. Ada yang di hina, di kritik. Mungkin semua ini teramat perit untuk kita lalui. Hari ini saya nak kongsi sedikit, bagaimana keadaan apabila saya di hina dan apa yang saya lakukan. 

Mungkin ramai individu pada hari ini rebah, tak mau bangkit lagi dah bila di hina. Saya juga pernah merasakan semua ini. Apabila di hina, di keji, terasa diri ini terlalu kerdil. "Beginikah saya di mata masyarakat lain?" Walaupun kita ramai rakan taulan yang rapat dengan kita, yang sentiasa menyangjung kita, menyokong kita, namun apabila di hina, di keji, kita merasakan tiada lagi manisnya hidup ini. Pernah saya rasakan seperti ini. Namun, bila di fikir balik, hidup ini tujuan utamanya, bukan untuk di sanjung dan bukan untuk di puji. Sesungguhnya segala pujian itu hanyalah untuk Allah. Apabila saya berfikir sedemikian, saya cuba untuk bangkit. Walaupun beberapa kali saya rebah, namun perjuangan untuk bangkit itu tidak akan pernah berhenti. 

Ketika mana saya di hina, di keji itu, saya merasakan diri saya ini terlalu kerdil di depan Allah. Saya malu di hina seperti itu. Saya malu pada Allah andai benar keperibadian saya seperti itu. Sampaikan pernah sekali itu, saya berhenti berdoa.  Kerana apa? kerana malu saya pada Allah. Adakah layak insan seperti saya ini untuk memohon nikmat Allah. Waktu itu, saya terasa diri saya tidak kuat. Walaupun saya berhenti berdoa, namun saya hanya mengadu kepada Dia, menangis dan terus menangis. Peritnya hanya Allah yang tahu. Sakitnya hati saya seperti di cincang dengan pisau yang tumpul. Bila terasa diri di hina itu, saya berusaha untuk mendekati Allah dengan lebih lagi. Saya takut untuk berdoa, namun saya cuba untuk jadi hamba yang lebih taat. Banyakkan mengaji, solat sunat dengan harapan Allah terima saya dan Allah tidak murkai pada saya sebagaimana individu individu tertentu mengkritik saya. Itu yang saya lakukan setiap hari. Sehinggalah perkara itu sebati dalam hidup saya. 

Ada segenap daripada sahabat memberi semangat kepada saya, menyatakan yang saya tidak seperti itu. Namun, mampukah kata-kata itu mengubat hati saya? Tidak sama sekali. Hari-hari saya, banyak yang saya termenung. Bertanya pada diri, bertanya pada Allah adakah diri saya seperti apa yang mereka katakan? Berpuluh tahun lamanya saya hidup, adakah saya membina diri saya se hina itu? Di manakah silap saya? Dari hinaan dan kejian itu juga, saya membuka minda saya untuk menyemak semula diri saya. Memperbaiki mana yang kurang. Sampai satu ketika, saya kembali berdoa kepada Allah. Doa itu senjata bagi saya. Mana mungkin saya berhenti memohon sesuatu. Tetapi, di saat saya berdoa, saya tetap merasa diri saya hina Namun sifat berputus asa, sifat tidak ingin berdoa itu saya tolak tepi. Sehina mana pun saya, kalau bukan Allah tempat saya bergantung harap, pada siapa lagi saya ingin bergantung harap?

Memang pada awalnya, saya begitu tertekan, saya terasa diri terlalu hina. Kadang-kadang saya marah pada diri saya dan adakalanya saya merasakan diri saya terlalu buruk dari semua segi. Kusut fikiran jadinya. Saat itu, saya rasa, saya perlu ambil sedikit masa, tenangkan diri, renungkan sejenak, muhasabah diri. Dan saya lakukan hal tersebut. Samapailah satu ketika, saya merasakan yang saya harus bangkit. Saya harus kuat. Mungkin ini yang Allah uji kepada saya.

Saya memohon maaf kepada individu yang menghina saya, yang mengkritik saya. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kritikan itu. Saya berniat baik pada mereka, namun di hina sebegitu. Saya tidak tahu di mana di silap saya. Tetapi, setiap perkara kita harus lihat positif dan negatifnya. Jika di cari siapa salah, siapa benar, sampai akhir pun, kita tidak akan jumpa jawapanya. Jadi, saya mengambil keputusan untuk meminta maaf dan melupakan hal tersebut. Agar hati saya tidak punya dendam pada siapa pun. Sejak dari itu, saya cuba untuk bangkit. Saya berkerja keras untuk terus membina diri saya. Namun saya juga turut rasa bersyukur kerana di hina dan di kritik. Sebab apabila saya di hina dan dkritik, itu membuatkan saya sedar yang saya hanya hamba Allah yang hina. Apabila saya merasakan seperti itu, saya sentiasa berusaha untuk menjadi insan mulia di sisi Allah. Insan yang diredhai Allah. Dan saya juga ingin kongsikan kepada kalian, jika kita sentiasa mendekati Allah dan melihat setiap apa jua perkara itu adalah satu nikmat untuk kita, sungguh hati ini terasa lapang. Bila di uji, ingatlah yang Allah kasihkan kita. Kerana kita terleka dengan dunia, Dia datangkan kesedihan dan air mata dalam hidup kita. Kenapa? Kerana Dia sentiasa berada bersama kita yang sentiasa mengingatkan kita akan kewujudanNya dalam susah dan senang kehidupan. Apabila kita bersedih, pasti akan ada nikmat yang Dia berikan pada kita. Kadang-kadang kita perasan akan nikmat yang Dia beri dan kadang-kadang kita tidak perasan kerana terlalu sibuk memandang ke hadapan tanpa menoleh ke kiri dan kanan.

Semoga cerita ini dapat beri manfaatnya..

Wednesday, April 17, 2013

SEMAKIN BANYAK DUGAAN APABILA INGIN MELAKUKAN KEBAIKAN

Hurmm,, semakin banyak dugaan apabila kita cuba untuk melakukan kebaikan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa? Saya tidak tahu kenapa. tapi, setiap kali di duga apabila ingin melakukan kebaikan pada diri sendiri mahupun pihak lain, saya akan duduk dan berfikir, adakah benar apa yang saya lakukan? Kemudian, mohon petunjuk dari Allah jika, tindakan itu adalah salah, mohon di beri petunjuk ke jalan yang benar. Ingatlah juga, setiap kali kita merancang atau melangkah untuk melakukan kebaikan, akan banyak dugaan yang menimpa.. Perjalanan untuk kita melakukan sesuatu yang baik itu, tidak akan di hiasi dengan karpet merah, yang apabila di pijak, akan terasa selesanya sehingga ke akhir perjalanan. Namun, perjalanan itu seperti di dalam sebuah kawasan semak samun, penuh belukar, duri dan bermacam yang agak menyakitkan dan memerlukan kita untuk berfikir dan memerlukan satu daya usaha yang lebih. Ambiklah semua itu sebagai pengajaran.

Jika kita di cemuh, di hina, ambiklah kata-kata itu. Mungkin ianya peringatan dari Allah untuk kita. semak kembali tindakan kita. Mungkin kita silap dalam melakukan beberapa perkara. Namun, jika kita benar-benar silap, jangan sesekali berputus asa. Ingatlah bahawa perjuangan dalam kehidupan ini tidak akan berjaya seandainya putus asa menjadi teman rapat kepada semangat perjuangan kita itu. Tidak ada yang mudah untuk berjaya. Ya.. Berjaya dalam apa jua aspek sekali pun. Setiap cemuhan dan tomahan itu, jadikan ianya sebagai satu faktor untuk kita memperbaiki diri. Kita manusia yang tidak sempurna, lemah. Mungkin ada silap kita di mana-mana. Jadikan hinaan orang itu, sebagai tunjang untuk kita perkukuhakan peribadi kita ini.

Jangan merasakan diri kita ini sentiasa betul. Ada kalanya kita silap Dan terimalah kata-kata dan pandangan orang lain itu walaupun ianya menyakitkan. Jika mereka tetap dengan kata-kata hina mereka itu pada kita, biarkan mereka. Maafkanlah sahaja mereka. Jangan kotorkan hati kita ini dengan dendam. Biarlah prasangka mereka pada kita itu menjadi seperti angin yang hanya melintasi kita dan berlalu pergi. Jangan biarkan hati yang luka itu, mematahkan semangat kita untuk melakukan kebaikan. Dan ingatlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan itu adalah hanya kerana Allah.

************

Luaskan pemandangan kita terhadap orang lain. Apabila di hina, luaskan pandangan kita. Cuba untuk positif, jangan cepat mengamuk atau marah kepada pihak lain. Kerana itu akan memudaratkan diri kita. Apabila ada ujian yang menimpa kita dalam perjalanan kita untuk melakukan kebaikan,  luaskan pandangan. Jadikan kata-kata mereka sebagai sesuatu yang positif dan yang paling penting jangan prasangka buruk pada orang. Mungkin mereka luahkan semua kata-kata itu adalah kerana pandangan mereka terhadap kita. Walaupun kita telah menjelaskan sesuatu yang benar, tiada niat menjahati mereka,, tetapkan hati kita dalam keadaan sabar. Untuk berubah, untuk melakukan kebaikan itu sukar sebenarnya. Banyak dugaan. Lebih-lebih lagi, kita ini hanya sekadar insan biasa yang penuh dengan salah dan silap satu ketika dahulu. Bila ini terjadi, ingat balik, kenapa kita lakukan kebaikan itu dan untuk apa kita lakukannya? jadikan Allah sebagai titik pergantungan kita.

Dan jangan pula kita yang berprasangka buruk pada orang yang ingin melakukan kebaikan. Jika ini berlaku, luaskan juga pandangan kita. Ambik saja apa yang mereka ingin katakan dan apa yang mereka lakukan. Kemudian, fikirlah sebelum kita keluarkan butir bicara. Ambik lah apa yang positif dan negatif. Fokus kepada dua bahagian pemikiran ini, kemudian bandingkan. Ingat, pemikiran yang baik sahaja yang akan melakuan tindakan yang cemerlang. Oleh itu, berfikir secara baik itu amat penting untuk kita jadi manusia yang cemerlang.

***********

Akhir kata, memang banyak dugaan yang menimpa sekiranya kita ingin berubah atau melakukan kebaikan. Sebaik-baiknya, sabarlah. InsyaAllah, Dia akan selalu ada di sisi kita. wallahua'llam
 
 


Monday, April 15, 2013

CINTA PADA ALLAH vs CINTA PADA MANUSIA

CINTA tu sebenarnya sesuatu yang sangat indah jika kita pandai menjaganya dan meletakkan ianya di tempat yang betul. Tapi, ramai di antara kita pada hari ini, meletakkan cinta itu pada tempat yang sepatutnya. Kerana apa semua ini berlaku? Kerana keinginan manusia itu sendiri terhadap sesuatu yang dia cintai. Apabila seseorang itu sedang mencintai sesuatu, baik dari segi individu mahupun material, pasti terbit rasa di hati untuk memiliki apa yang di cintai itu. Di sini lah, akan wujudnya satu ujian dan duga buat kita dari Allah. sesiapa yang beringat-ingat pasti akan selamat dan sesiapa yang tunduk pada nafsu pasti akan terjerumus ke arah yang negatif.

Namun di sini lah kita kena fikir kan tentang cinta pada Allah dan cinta pada manusia. Adakah benar kita mencintai Allah dan adakah benar kita mencintai manusia itu? wajarkah cinta pada manusia melebihi cinta pada Allah? wajarkah kerana cinta pada manusia, kita ketepikan dan pinggirkan cinta kita kepada Allah? Cuba fikirkan sebentar akan impak dari persoalan ini. Adakah ianya menyentuh minda dan hati anda? Mungkin Ya dan mungkin juga Tidak.

Cinta pada manusia itu satu fitrah yang tidak dapat untuk kita bunuh dan buang. Namun, ianya menjadi rosak apabila tidak berlandaskan cinta pada Sang Pencipta Cinta. Oleh itu, usahakanlah agar diri mampu mencintai Allah, kemudian, cintailah manusia itu seadanya dalam kesederhanaan dan berlandaskan cinta pada Allah. InsyaAllah kita akan dapat merasai dua nikmat di sini iaitu nikmat mencintai Allah dan nikmat mencintai manusia berlandaskan cinta pada Allah...

Thursday, April 11, 2013

APABILA TERLANJUR SETELAH BERCINTA & INGIN BERUBAH

Beberapa hari lepas ada seorang hamba Allah berkongsi cerita tentang ketelanjuran setelah ber couple. Beliau telah menghantar sekeping e-mail pada saya dan bertanya tentang bagaimana untuk berubah dan apakah tindakan yang harus di lakukan.

Respond awal saya:

Pertama ingin saya menyatakan bahawa saya bukanlah seorang insan yang hebat untuk berbicara. Saya juga bukan pakar kaunseling mahupun ustazah. Jadi, di sini saya memberikan sedikit hujah daripada diri saya sendiri hanya sebagai seorang hamba Allah yang berusaha untuk melengkapkan diri dan hanya seorang hamba Allah yang masih lagi mula untuk bertatih mendalami pemahaman tentang kehidupan dan agama ini.

Justeru, jika terdapat kesilapan atau tambahan, saya bermohon agar rakan pembaca mempunyai kesanggupan untuk berkongsi hujah-hujah anda untuk membantu sahabat yang berkongsi cerita itu pada saya. Sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi keperibadian kita. Semoga Allah redha. insyaAllah.

Respond saya mengenai isu:

Pertama. untuk berubah, kita harus tanam satu semangat yang tinggi. Sebab bila kita mengambil langkah untuk berubah, ianya tidak mudah. Hanya orang yang betul-betul kental sahaja akan berjaya. Dan telah Allah nyatakan tiada siapa yang mampu merubah nasib sesuatu kaum, melainkan diri mereka sendiri. Jadi, di sini, haruslah kita letakkan usaha kita itu, sebagai satu tunjang akan perubahan yang ingin kita lakukan. Tidak mudah untuk kita menjadi seseorang yang berjaya.

Kedua, jangan pernah ada rasa putus asa dalam diri. Apabila kita semaikan sikap putus asa dalam diri kita, sampai bila pun kita tidak akan berjaya untuk lakukan perubahan. Memang kadang-kadang saya sendiri rasa malas dah nak berusaha untuk berubah, mulut orang duk kritik lagi. Hurmm.. Tapi, ada seorang sahabat saya nasihatkan; katanya... "Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Kadang-kadang mereka cuma iri hati melihat keadaan kita yang semakin baik.Apa-apa pun, buat yang terbaik untuk diri kita. Bila di kritik, re-check diri kita. Kalau apa yang kita buat itu adalah betul, maka teruskanlah." Saya harap, kata-kata sahabat saya ni, dapat menjadi pedoman untuk kita bersama. Bila di fikir, memang betul, mulut orang tak boleh nak tutup. Pedulikan saja kata-kata mereka. Tapi, ingat,,, jangan sampai kita membenci mereka. Mereka punya hak untuk berhujah. dan kita wajib menjaga hati kita dari semua perasaan yang negatif.Agar hati kita, sentiasa bersih dan krang ternoda dengan titk-titik hitam. 

Seterusnya untuk berubah ini, kita harus korbankan sesuatu yang kita suka untuk dapatkan sesuatu yang lebih indah. Jadi, apabila terlanjur atau merasakan sesebuah hubungan itu, akan merosakkan hubungan kita dengan Allah, maka tinggalkan saje hubungan kita dengan manusia itu. Jauhilah maksiat demi kerana Allah swt. InsyaAllah, apabila kita meninggalkan sesuatu dengan niat kita hanya kerana Allah, Allah akan memberikan sesuatu yang lebih indah pada kita dalam keadaan yang tidak kita jangka kan. Justeru jangan takut untuk berkorban hanya kerana Allah dan agama Allah ini. Tapi ingat, kita menjauhi seseorang itu bukan kerana benci pada dia, bukan kerana ingin memutuskan ukhwah. Tapi putuslah kerana cinta kita pada Allah, kerana takutkan azab Allah. Putuskanlah ukhwah itu kerana cinta pada manusia tadi. Kita inginkan dia bahagia, tidak hanya di dunia. tapi di akhirat sana juga. Jika kita tidak meninggalkan dia, mungkin kita akan kekal mengheret dia ke lembah dosa dan seterusnya ke neraka jahanam. Jika cinta, sanggup kah kita melihat si dia sakit saat di campak ke dalam api nanti?

Dan yang terakhir, jagalah hubungan dengan Allah. Inilah sesuatu yang paling asas dalam kehidupan kita. Jaga solat itu satu langkah yang paling asas yang kita kena lakukan. Solat itu sesuatu yang wajib. Jadi, jangan malas-malas untuk solat. Bila kita rasa malas, cuba jugak paksa diri untuk buat. Walaupun mungkin bila dipaksa, kita akan buat secara sambil lalu saje, maka teruskan dengan keterpaksaan itu. aksa jugak diri kita untuk mendirikan solat. Memang sukar, jika kita tidak pernah solat, tapi nak paksa diri untuk solat. Tapi, ingat, dalam keterpaksaan itu, sekurangnya kita berusaha untuk mendekati Allah. Dan Allah tidak akan menzalimi hambaNYA. InsyaAllah, satu hari, Dia akan buka pintu hati hambaNya yang ingin berubah itu agar lebih mendekatkan diri pada Allah. Paksa lah diri, lama-lama ikhlas itu akan muncul jua. Jaga hubungan dengan Allah, banyakkan berdoa. Mohon ampun dari Allah dengan sepenuh hati. Jadikan Dia  tempat pergantungan kita sepenuhnya. Serahkan diri kita ini padaNYA.

Ingatlah, perubahan itu bukan sesuatu yang mudah. Bila kita mulakan langkah untuk berubah, maka perjalanan itu tidak akan di bentangkang dengan karpet merah, namun ianya di penuhi duri-duri yang harus kita tempuhi..

Semoga kita dapat sama-sama berubah ke arah kebaikan.. insyaAllah.. Allahuakbar..


Tuesday, April 2, 2013

MAHAL KAN DIRI MU WAHAI WANITA



Wanita ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kecantikan dan kehalusannya. Terdapat banyak keistimewaan dalam diri seorang wanita. Wanita juga adalah salah satu tonggak utama untuk membina ummah. Dial ah yang mendidik anak-anak nanti sedari dalam kandungannya, hinggalah si anak itu membesar menjadi seorang manusia yang berguna untuk masyarakat dan juga agama. Namun, untuk menjadi wanita Berjaya mendidik anak-anak ini adalah bukan wanita yang lemah. Bukan. Bukan lemah dengan hawa nafsu dan godaan dunia. Di sinilah kita perlu memahami aspek-aspek tertentu untuk menjadi seorang wanita yang berjaya yang sentiasa menuju kea rah ciri-ciri wanita solehah.

Pernah Melakukan Kesilapan Sebelum Ini
Ramai individu apabila di ajak untuk merubah diri dan peribadi, mereka mengatakan mereka telah banya melakukan banyak kesilapan dalam hidup, dan satu persoalan yang amat menjadi keraguan mereka adalah, “adakah masih mampu dan layak untuk menjadi seorang wanita yang di segani, dan wanita yang benar-benar hebat?”. Satu jawapan yang mampu saya katakana adalah peluang untuk merubah diri itu selalu ada selagi mana hidup kita belum berakhir. Kadang-kadang Allah uji kita dan dalam ujian itu kita rebah. Waktu tu mungkin kita rasakan keperitan itu. Namun, renungkanlah, bukalah sedikit minda kita dan positifkan fikiran kita. Mungkin di sebalik ujian itu, ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Yang paling utama adalah bersangka baik pada Allah. DIA Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Mohonlah keampunan dariNya dan berusahalah menjadi wanita dan individu yang hebat. Tidak mustahil anda mampu berjaya menjadi seorang wanita hebat dalam menegakkan agama Islam ini.

Wanita Semakin Murah
Wanita kini, jika kita lihat ramai yang tergoda dengan hawa nafsu dan keindahan dunia. Sebahagian besar dari golongan ini berusaha berpakaian mengikut ‘trend’ terkini. Rambut di warnakan, aurat tidak di jaga. Tidak kurang juga mereka yang percaya kepada sang kekasih yang berkata-kata manis sehingga menyerahkan segalanya sebelum menjadi yang halal bagi seorang suami. Jika benar mencintai sang kekasih itu, kenapa menjadi terlalu murah? Bukankah jika mencintai, kita takut akan sang kekasih itu di bakar di neraka sana dek kerana silap kita? Tidak kah kita terfikir akan semua ini. Tidak menutup aurat, bergembira bersama sang kekasih tanpa ikatan yang menghalalkan segalanya, meninggalkan solat itu memang seronok di dunia ini. Kerana kita tidak terikat pada satu peraturan yang agak menyulitkan diri. Namun, perlu di ingat, adakah diri kita ini akan selamanya hidup, tanpa di hisab perlakuan kita ini? Beginikah seorang wanita yang ingin menerajui sebuah rumah tangga bersama suami? Beginikah keadaan seorang wanita yang ingin melahirkan seorang insane yang cemerlang? Mampukah kita menjadi seorang wanita hebat, jika di dalam diri kita ini tidak terdetik untuk berubah. Tepuklah dada, tanya hati dan iman anda.
Jangan sesekali menjadi wanita yang murah. Jangan sesekali meneruskan untuk menjadi wanita yang solehah. Mahalkan diri anda pada pandangan ajnabi. Dekatkan diri pada Allah. Memang tidak mudah untuk melakukan semua ini. Tapi, percayalah kesan nya adalah sesuatu yang sangat manis.


Penutup: Mahalkan diri anda wahai wanita, masih belum terlambat untuk berubah.
Mulai saat ini, bangkitlah wahai wanita. Sedarlah yang diri kamu itu begitu berharga. Dekatkan diri pada Allah agar timbul satu benteng iman yang mewujudkan rasa  malu dalam diri kita. Malu untuk mendedahkan aurat, malu kepada golongan ajnabi. Dan yang paling penting, malu kepada Allah swt. Jika kita pernah tersesat di bumi ini, carilah jalan untuk kembali. Mulakan sesuatu yang baru dalam hidup kita. Tidak rugi jika kita berubah dan mendekatkan diri pada Allah. Untuk berubah itu tidak mudah, untuk jadi wanita yang hebat itu tidak mudah. Tapi ianya pasti akan berhasil jika kita terus berusaha dan memberi pergantungan sepenuhnya pada Allah swt. Mahalkan diri mu wahai wanita agar mampu menjadi seorang wanita yang hebat yang mampu melahirkan generasi-generasi yang hebat. Dekatkan diri pada Allah, raihlah cinta dan redhaNya. Hidup ini hanya sekali. Jangan di sia-siakan. Sekali silap, tidak bermakna anda sudah tiada peluang untuk berubah!

Monday, April 1, 2013

BAGAIMANA JIKA SELEPAS SOLAT SUNAT TAUBAT, BUAT LAGI DOSA?

Ramai di kalangan sahabat-sahabat yang bertanya pada saya, bagaimana sekiranya selepas solat sunat taubat, kita tetap jugak membuat dosa yang sama? Dan ada yang tidak ingin melakukan solatsunat  taubat tersebut kerana khuatir jika dosa yang lalu, tetap di ulangi.

Di sini, saya bukanlah seorang ustaz mahupun ustazah untuk menjawab soalan ini. Saya juga salah seorang hamba Allah yang penuh dengan dosa, mungkin juga kalian adalah lebih mulia daripada saya. 

Tetapi, izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenai persoalan yang di kemukakan itu. Semoga kita sama-sama dapat berfikir dan dapat manfaat dari bicara ini..

********************************

Setiap individu tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Ini adalah satu fitrah yang sememangnya Allah ciptakan untuk hamba-hamba Nya. Tribulasi dunia hari ini, banyak membawa kita ke lembah dosa tidak kira dosa besar mahupun kecil.

Jadi, untuk menghapuskan dosa-dosa ini adalah sewajarnya kita tidak pernah putus-putus untuk bersujud pada Allah, berdoa, memohon keampunan dari-NYA. 

Persoalan tentang 'Bagaimana Jika Selepas Solat Sunat Taubat, Buat Lagi Dosa yang Sama?'.. Seperti yang saya katakan, yang kita ini manusia yang selalu melakukan dosa. Kadang-kadang tanpa sedar kita ter buat dosa itu. 

Sekiranya ingin melakukan solat sunat taubat ini, sertakan lah juga azam untuk tidak melakukan lagi dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan itu. Hidup kita akan datang, kita tidak akan pernah tahu. Kadang-kadang saat di uji, kita terjatuh. Kita ini manusia yang lemah. Keampunan dari Allah itu, haruslah selalu kita pohon. Moga-moga Allah redha hidup kita.

Cuba difikirkan, jika kita takut untuk melakukan solat sunat taubat, hanya kerana takut jika diri ini akan kembali melakukan dosa, adakah kita tahu, esok masih ada waktu untuk kita melakukan solat sunat taubat? adakah kita tahu, waktu kematian kita, 30 minit lebih awal untuk meberi ruang pada diri melakukan solat sunat taubat.? 

Jadikanlah solat sunat taubat ini satu amalan harian kita yang kita lakukan setiap hari sebelum tidur. Dengan harapan Allah ampunkan dosa yang kita lakukan dalam sedar ataupun tidak. Dan berazam lah untuk jadikan hari seterusnya adalah lebih baik dari sebelumnya.

Jika setelah bertaubat kita terjatuh lagi, bangkitlah. Kuatkan diri, mohon ampun dari Allah, mohon kekuatan dari-Nya. Dan yang paling penting, dekatkan lah diri kita pada Allah. Apabila kita dekat dengan-Nya, kita akan rasakan yang dia terlalu dekat dengan kita. Yang penting jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Dan ada jugak yang sesetengahnya, buat solat sunat taubat, tetapi tak berazam untuk tidak melakukan dosa tersebut kerana individu ini lebih mengetahui yang dia akan diberikan lagi peluang untuk buat solat taubat. Jika umur panjang, memang akan dikurniakan lagi waktu untuk buat solat sunat taubat dan bertaubat pada Allah ini. Tetapi jika umur pendek bagaimana? Adakah kita akan tahu yang saat kematian itu akan tiba, satu jam dari pada sekarang?

Jadi, sama-samalah kita fikir sejenak. Saya juga tidak sempurna, masih mencari-cari sesuatu untuk di isi di ruang hati agar diri ini menjadi lebih dekat pada Allah swt.. wallahua'llam..