Ramai di antara kita yang terdetik di hati untuk berubah mendekati Ilahi. Ingin mencari dan mengenal Sang Pencipta kita. Tetapi kita tidak tahu di mana ingin mulakannya. Adakalanya, kita risau kerana perubahan ini seolah-olah sesuatu yang terpaksa dan bukanlah hadir dari keikhlasan hati kita.
Tetapi, ingatlah bahawa penghijrahan yang panjang itu tidak akan bermula jika tiada langkahan yang pertama. Justeru di mana langkahan yang pertama itu?
Mulalah dengan melakukan ibadah yang wajib kita lakukan dan ibadah ini adalah ibadah yang pertama yang akan di hisab di hari perhintungan kelak. Iaitu SOLAT. Solatlah wahai sahabat, wahai teman. Andai kita mengetahui kita akan meninggal dunia sebentar nanti pun, solatlah. Bila hati rasa terpaksa untuk solat, bila diri merasa tidak rela untuk solat, Syaitan akan berbisik untuk tidak melakukannya kerana tidak ikhlas. Namun, kita harus kuat melawan bisikan itu. Kerana solat fardhu itu wajib kita tunaikan. Tanda penghambaan kita pada Allah swt. Solatlah wahai teman,, lama kelamaan, kamu akan temui keikhlasan itu. Solat itu mampu menjaga diri kita dari perkara yang buruk. Justeru, jaga lah solat.
Kemudian, beralihlah pada ibadah yang sunat. Seperti zikir, puasa, solat sunat. Semua ini penting, kerana semua ini lah yang membuatkan diri kita sentiasa ingat pada Allah. Kemudian, doalah banyak-banyak. Berdoa dan terus berdoa agar ditetapkan hati dalam jalan hijrah ini.
Sekiranya ada mereka yang menghina dan memperkotak katikkan penghijrahan kalian, hiraukan sahaja. Rahmat Allah itu luas wahai kawan. Menangislah pada Dia, mengadulah. Hati itu, biarlah benar-benar kembali pada Allah. Bukan untuk mendapatkan tatapan umum yang akan mengagungkan penghijrahan itu.
Redha Allah yang kalian cari. Sekiranya Allah redha pada kita, anda manusia masih berkata-kata dan seolah-olah, tidak meredhai kita, ingatlah! bahawa ia tidak memberi kesan apa-apa pada kita. Dan setelah kita bertaubat, Allah ampunkan kita dan Dia tidak lagi memandang masa silam kita.
Justeru, tetaplah kita di jalan penghijrahan ini. Mendekati Sang Pencipta.
hi, singgah follow awak :)♥
ReplyDelete