Bismillahirahmanirrahim..
Apabila berbicara tentang ikhlas, ianya cukup sukar. Ikhlas itu sesuatu yang tidak dapat kita lihat. Namun ianya pasti dapat dirasai di setiap jiwa insan.
Berusahalah untuk ikhlas di setiap perkara yang kita lakukan. Tidak kira sebesar apa pun pekerjaan itu. Dan andai pekerjaan itu kecil bagi kita, lakukanlah ia dengan ikhlas. Bukan untuk menjadi tatapan umum, bukan untuk menjadi bacaan masyarakat, bukan untuk di sanjung.
Tapi, ikhlaskan hati kalian. Buatlah sesuatu perkara itu kerana Allah swt. Buatlah kerana kalian inginkan redha Allah azzawajalla.
Di segenap masyarakat, ada yang tidak ingin solat, tidak ingin menutup aurat. Kata mereka, 'untuk apa solat?, untuk apa tutup aurat? jika hanya kerana terpaksa dan hanya kerana manusia.'
Jika kalian pernah terfikir begitu, rehatlah sebentar. Rehat itu bukan bermakna kalian kalah. Tapi rehat itu adalah untuk kalian mengambil nafas baru dan memecut kembali di perjalanan hidup kalian dalam mencari redha Ilahi ini.
Bila kalian terfikir untuk tidak melakukan sesuatu kerana keterpaksaan, maka ingatlah bahawa syaitan itu licik. Mereka telah mengisi di ruang-ruang kosong hidup kalian dengan bisikan mereka agar anda tidak melakukan hal-hal kebaikan.
Oleh itu, andai keterpaksaan, lakukanlah kebaikan itu. Dan berdoalah agar suatu hari ikhlas itu akan hadir jua. Lagipun, sekiranya kita sering melakukan kebaikan walaupun terpaksa, hal itu lama-kelamaan akan menjadi sesuatu perkara yang biasa dalam diri kita. Dan pada waktu itu, adakah kita masih lagi melakukan perkara kebaikan itu kerana orang di sekeliling?
Teruskan berdoa. berdoa dan terusss berdoa. Moge-moge Allah bukakan hati kita semua untuk lebih ikhlas. Ikhlas lah,, untuk mencari redha Allah. Apabila Allah redha pada kalian, andai ada sejuta orang yang membenci tindakan kalian itu, sungguh mereka tidak memberi kesan di hidup kalian. Allahurabbi...
terima kasih..peringatan yang bermakna.. :D
ReplyDelete