Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Tuesday, March 27, 2018

Tomy

Dari kecik, aku jaga kau. Peluk kau. Cium kau.
.
Lepas subuh tadi kau tunggu aku kat pintu.
.
Aku sibuk sikit. Jadi aku sentuh kau sekejap je.
.
Sayang nye aku kat kau. Sayang sangatt. Dari kau baby.
.
Aku bawak kau duk kat bahu ni. Waktu aku makan pun kau ada sekali.
.
Aku panggil nama kau, mesti kau datang.
.
Semalam sebelum pergi keje. Kau tunggu kat pintu pagar. Tengok aku pergi keje.
.
Tapi hari ni kau tak de dah. Ade orang langgar kau. Tu laa. Salah kau.
.
Sape suruh lintas jalan tak tengok kiri kanan.
.
Sedih. Aku sayang kau sangat.
.
Moge jumpa kat sana nanti yee..
.
Bai bai Tomy. Sanggup kau tinggal aku.

Sunday, March 18, 2018

Ke Melaka

02 - 04 Mac 2018

Trip ke Melaka ini tidak di rancang. Pada awalnya, perlu ke sana atas dasar urusan kerja. Tapi, ianya menjadi seperti satu percutian yang menghiburkan.

Peluang ini juga saya ambil untuk melepaskan segala tekanan baik dari segi kerja mahupun kehidupan biasa.

And I wish I could be there again. I really enjoy it.



Kehidupan Baru

Puas merenung masa lampau. Di tilik semua sudut. Namun tiada jawapan untuk merubah. Di dongak ke langit. Mencari ruang untuk bernafas seketika. Mencari tempat untuk berteduh sementara.

Kadang kadang terasa sudah tiada peluang. Tapi sebenarnya. Manusia selalu lupa. Nikmat dan peluang sentiasa ada. Cuma bergantung pada empunya diri untuk mengorak langkah mencorakkan kehidupan.

Sudah 2018. Tiba masanya. Perjalanan dulu dilupakan. Bukan mahu melupakan asal diri sendiri. Tapi untuk menutup segala rasa pahit. Melupakan segala rasa perit. Kerana sudah tiba masanya perjalanan ini perlu di teruskan.

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu dicipta. Sebelum dicipta, perlu difikir kehidupan yang bagaimana diimpikan oleh sebuah jiwa. Setelah itu. Barulah kehidupan ini dibentuk lagi. Menjadi sebuah kehidupan yang baru.