Terkadang kita lupa apakah tujuan
sebenar hidup kita ini dan di manakah akan berakhirnya hidup kita ini. Semakin
hari semakin jauh kita dari Allah swt dan tidak kurang juga mereka yang
bergerak mencari Allah, mendekat kepada NYA. Hal ini semua berlaku kerana kita
hanya hamba Allah yang semuanya sedang di uji dengan keseronokan dunia. Hanya segelintir
yang menyedari dirinya sebagai hamba akan berusaha untuk merubah diri menjadi
hamba yang terbaik.
Namun, apakah tujuan sebenar kita
di hidupkan? Kadang-kadang saya terlupa, apakah tujuan hidup ini terutamanya
apabila di uji dengan kesedihan, kekecewaan. Kadang-kadang saya merasa ingin
berputus asa dan tertanya-tanya, kenapa ‘Ya Allah, Engkau duga kan aku
sebegini?’. Adakalanya, saya termenung sejenak, memikirkan tentang hidup saya
yang adakalanya bahagia dan adakalanya kecewa. Dari kehidupan ini, ada sesuatu
yang saya belajar iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap apa yang
saya lakukan.
Apabila kita inginkan redha
Allah, yang paling utamanya, haruslah kita redha dengan apa yang Allah berikan
pada kita. Memang terlalu sukar untuk kita redha dengan apa yang berlaku
terutamanya apabila melibatkan perasaan kecewa, sedih dan pelbagai lagi yang negative
ini. Saya juga pernah melalui situasi ini. Kadang-kadang terasa perit. Namun,
ada satu perkara yang harus kita persiapkan agar diri kita ini mampu untuk
redha dengan apa yang berlaku. Apa dia?
Jawabnya adalah, percaya kepada
Allah SWT. Inilah perkara yang paling penting yang harus kita pupuk dalam diri
kita. Jika bersedih, percayalah pada Allah yang di setiap kesedihan itu pasti
akan di sertakan dengan kebahagiaan dan di setiap kesulitan pasti akan di
sertakan dengan kemudahan. Perkara ini
harus untuk kita aturkan dengan rapi dalam pemikiran kita dan juga sanubari.
Agar kita mampu untuk sentiasa redha dengan setiap kurniaan Allah.
Aturkan lah setiap langkah kita
itu dengan baik. Pastikan setiap tingkah kita itu adalah hanya untuk
mendapatkan redha Allah. Niat lah begitu dalam hati kita. Apabila tersematnya
niat sebegitu, insyaAllah apa sahaja yang berlaku sama ada baik atau buruk,
kita masih lagi punyai rasa ketenangan dalam melaluinya. Kehidupan di dunia ini
hanyalah sementara. Ramau yang lupa tentang hal ini termasuklah diri saya juga
yang terkadang lupa. Namun, renunglah sejenak, ingatkan kembali pada diri kita
tentang kehidupan ini hanyalah sementara. Seronoknya tidak berkekalan. Yang
penting, berusahalah menjadi hamba yang terbaik. Walaupun pernah kita melakukan
dosa penuh se isi bumi ini, peluang untuk menjadi yang terbaik itu selalu ada. Marilah
kita berubah dan sentiasa bergerak mencari redha Allah. Kerana itu lah tujuan
utama hidup ini. Bergeraklah kita, mencari redha Ilahi.
Tujuan hidup
ReplyDelete1) Al Baqarah : 30
2) Al Zarriyat: 56
Senyum
good...
ReplyDeletesangat bermakna bagi orang yang berfikir...
ReplyDeleteAssalammualaikum.. Cuma nak kongsi sedikit .. Pernah saya rasa kecewa yg teramat sgt. Sedih yg melampau sgt sehingga rasa down yg teramat sgt. Suatu peristiwa yg berlaku pula pd bln ramadhan. Hati rasa gundah gulana, risau, sakit, dendam, benci, dan marah. Dan peristiwa tu sgt mberi kesan pd hidup sy. Sy tersentak dgn peristiwa itu. Dan tertanya kenapa berlaku begini pd sy. Ditakdirkan Allah, bertemu dgn sahabat lama. Dan sy mengadu pd dia. Terkejut dan terkedu sy apabila jwpn yg diberi. Bersyukur la wahai kwn kerna kau diuji sebegitu oleh Allah pd bln yg mulia.
ReplyDeleteDan blk sy berfikir dan trus berfikir.... Dan teringat mlm ni(tersebut) adalah 10mlm terakhir. Sy ringankan diri berqiamulail di surau seorang diri. X sangka air mata mengalir. Rupanya aku lalai yaAllah. Aku lupa Kau yaAllah.. Hinanya aku, malunya aku. Kau masih ingat hamba mu ini lg yaAllah...
Dan akhirnya... Sy mula redha atas ujianNya... Dan kini sy hidup hanyalah utk mencari redhaNya.. Kerana didlm redhaNya ada kemanisan dlm kepahitan dn kesusahan...
Ingatlah Allah dan Allah akan lebih mengingati kita.
Hidup berusahalah mencari keredhaanNya.. InsyaAllah... Akan bahgia dunia dan akhirat.
NK SHARE BOLEH
ReplyDelete