"CINTA DI TOLAK atau PUTUS CINTA"
Istilah ini sering kita dengar bukan? Ianya
ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini. Setiap individu pasti punya cara
tersendiri untuk melalui saat-saat ketika mana cinta di tolak dan juga putus
cinta. Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak
lagi perasaan yang negatif ini muncul disanubari. Memang ianya tidak dapat
dinafikan. Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan
ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti "mayat hidup".
Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya? Adakalanya
seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya. Ramai individu, rakan-rakan di
sekeliling yang memberi nasihat, namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin
menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka
di atas tempat yang luka itu. Sakit dan perit itu kian terasa. Betul kan? Ya,
saya juga seperti anda. Pernah melalui semua ini. Jika hari ini anda merasakan
semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan
melangkah meneruskan kehidupan ini. PUTUS CINTA? CINTA DI TOLAK? itu bukan
pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian.
Mengapa Dia anugerahkan semua ini buat kita? Hanya satu jawapannya.
KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA
KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.
Cinta itu satu fitrah. Tidak ada siapa pun yang
dapat menghalang hati kita ini untuk mencintai dan di cintai. Setiap individu
pasti inginkan semua ini. Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan
perkara-perkara ilusi dan fantasi. Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta
pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di
telefon. Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai
ini. Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi
yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating,
SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari. Bukan kah ini satu pembaziran?
Inilah fenomena cinta masa kini.
Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali
apa itu cinta pada kita? Apakah maksud ‘cinta’ yang kita terapkan dalam jiwa
kita ini? Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra
sebelum akad di lafazkan? Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang
saya bawa sejak dulu. Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti saya ingin
orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga
Ilahi. Mustahil jika kita menyatakan kita menyayangi dan mencintai insan
tersebut, tetapi pada dasarnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api
di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam.
Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana
cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan
sesuatu yang tidak baik.
Kemudian, apa perlu buat jika cinta di tolak atau
putus cinta? Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri? Dan ada juga yang sanggup
merubah keadaan jantina masing-masing. Untuk apa kita lakukan semua itu? Kita
punya agama dan kita hidup bertuhan.
Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat
perit dan sakit. Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari
tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan
kesakitan itu hanyalah mimpi. Namun, jika berbalik kepada definisi cinta yang
baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki
yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah? Sedangkan dalam ayat 2 surah
al-ankabut, Allah menyatakan;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan
dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka
tidak di uji?
Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas
lah kita akan di uji. Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang
harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah. Tetapi saat ini, kita harus
sama-sama membina diri kita. Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak
ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.
Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran,
Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk
kita kembali kepada-Nya secara istiqomah. Walaupun tidak mampu melakukan ibadah
itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah. Kerana
Allah swt lebih suka jika kita istiqomoh melakukan ibadah daripada melakukan
secara berlebihan tetapi tiada istiqomah. Jadi, ini lah jalan utama untuk kita
bina diri kita yang baru.
Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat
membina diri kita. Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips
memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu. Namun carilah sesuatu bahan
yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita. Apabila
sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, maka bacalah
ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.
Justeru, jadikan bahan bacaan itu sebagai satu inspirasi untuk kita bangun dan
berjuang untuk kehidupan ini.
Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita
pasti akan merasa untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya juga pernah
melalui semua ini. Persilakan untuk anda menangis dan bersedih itu. Tapi,
jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat
seperti study, beriadah dan buatlah
sesuatu yang mampu menenangkan hati. Jangan terus berada dalam lingkungan
kesedihan dan kekecewaan. Sedih dan kecewa itu perkara biasa untuk kita sebagai
manusia. Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya.
Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua. Ingat, senjata
utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.
Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau
sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya.
Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak
mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan kita?
Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana? seperti yang saya
katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan
kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu
"KEIKHLASAN". Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti
melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam
hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan
merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa
yang betul dalam hal ini. Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada
kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali
lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya
katakan tentang setiap persoalan ini iaitu "sejauh mana pun kita fikir
tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya". Jika anda
bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu
sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan
yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti
akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.
Jagalah hubungan kita dengan Allah, Banyakkan
zikir. Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa
kita. Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan. Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita. Ramai
yang ber couple tetapi selepas nikah
setahun dua, dah bercerai. Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua'llam. Ya,
putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya
dan saya tahu, untuk anda juga.Jadisama-samalah kita muhasabah diri. ingat,
setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan. peganglah pada
janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita. Sebagai penutup kita
renungkan maksud ayat di bawah ini;
“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah
akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas
di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya
Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun
menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah
At-Talaq ayat 2-3.
100% sama dgn cerita yang saya lalui sekarang. Subhanallah sakit cuma DIA yg tahu. Ya Allah teruslah memilihku utk mengecapi cinta agungMu.
ReplyDelete