Dah lame aku tak menaip di sini. Ada yang bertanya aku ke mana. Jawapannya aku tidak kemana-mana, dan aku masih perhatikan mereka yang keluar masuk dari blog aku nih. Cuma aku tak der mase nak update mane yang patut. aku sibuk dengan pekerjaan aku sebagai seorang student, suri rumah tangga, sebagai anak, sebagai........ (ermm,, semuanyalah,, taip panjang2 kan,, korang tido pulak kat sini).
Hari ni aku nak berkongsi cerita sikit. Ramai yang cepat tersungkur, terhantuk dan terngadah dalam dunia nih terutamanya selepas gagal lah.. Gagal dalam pelajaran, gagal dalam bercinta dan sebagainya. Hari aku nak bicarakan sikit soal cinta. Nak cakap panjang-panjang aku manusia jahil, tak der ilmu se tererr korang. Hidup aku pun lintang pukang lagi, masih lagi hanyut. tapi aku bekerja keras untuk berpaut pada mane-mane dahan pokok, ranting kayu yang tersadai sepanjang perjalanan hidup aku nih. Dengan harapan aku tak hanyut terlalu jauh dari dunia realiti yang bersangkut paut dan berpegang teguh pada Agama yang satu.
Soal cinta nih, memang sesuatu yang sukar untuk di fahami terutamanya pada anak-anak muda seperti aku nih. haha.. Muda lagi yer? (okeyh, mane yang berkenan, nak mengorat, isi form yang terdapat di blog aku nih k.) dah ler mengarut jer tu..
Memang ramai, yang hanyut sebab cinta terutamanya bila dah putus cinta.. Waktu putus cinta nih, muka macam ayam berak kapur. Waktu hubungan ada masalah pun macam tu jugak, waktu hubungan dah di tahap kritikal un, macam tu jugak jadinya. Senyum pun payah. Makan pun, tak yah pun tak per. Kalau makan nasi tuh sesuap pun dah kenyang. Tak tau laa kenapa. mengikut pengalaman aku dulu, tiap-tiap hari duk nangis. Macam orang tak siuman dah. Bukan aku putus asa, bukan aku tak tau Tuhan ade dekat dengan aku. Cuma aku rasa yang fikiran aku ni, serabut sangat dan aku cukup tak tau kenapa semua ni berlaku. Saalah kah aku? Mungkin juga. Aku manusia tidak sempurna yang tidak mungkin, untuk beri komitmen 100% untuk bahagiakan hati orang lain. huhu..
Orang di sekeliling kita pulak, mungkin duk sibuk, curahkan lagi cuka ke atas sebuah hati yang terluka. Cuba bayangkan perit yang melanda. haha.. pahit betul laa pengalaman hidup nih.
By the way, its all the fact about life. Try to move on, and kalau ada jodoh, ada la.. But one thing aku nak share ngan korang. Semua tu berlaku mungkin sebab kesilapan, mungkin juga sebab Tuhan nak uji sejauh mana korang sayang kan si dia dan mungkin juga Tuhan nak korang mengerti sesuatu perkara. Tu semua aku tak tau. Hanya diri korang sendiri jer yang tahu. Try to find it. Benda tu ada dan korang harus faham hati korang sendiri, even it is not fully understanding of your heart.
One more thing, mungkin semua kesakitan tu, menjadi satu titik perubahan untuk diri kita. Try to change positively. Try untuk lebih dekatkan diri pada Allah swt. Mungkin ni la cara Tuhan nak kita berpaling pada Dia. Kadang-kadang tanpa sedar, kita leka, kita lalai akan tanggungjawab kita pada Dia. Dan kadang-kadang kita sebenarnya tak faham apa erti cdinta. Dan pasti ke, rasa sayang yang ada tu tulus dari hati kita?
Cubalah
untuk berubah, jangan putus dari berdoa tentang apa yang kita inginkan.
Tak guna kalau berharap pada manusia, tapi letakkan lah harapan kita
100% kepada Maha Pencipta. Why? Bukankah setiap hati itu milik Allah
swt? Kalau kita rindu pada dia, sedekahkanlah Al-fatihah dan kalau ada
masa, bacakan Yassin untuk dia. Semoga hati dia tenang. Dan berdoalah
kepada Dia untuk menjaga mereka yang kita cinta yang kita kasih itu. Dan
satu perkara, berdoalah dengan ikhlas. Jangan berdoa untuk dia kerana kita ingin memiliki dia semata-mata. Allah Maha Mengetahui. Jika hati masih tidak tenang, banyakkan solat sunat taubat, luangkan masa di malam hari untuk bersujud pada Dia. kerana korang akan rasa nikmatnya solat di malam hari.Berbeza dengan sekadar solat Fardhu.
Kadang kala ada yang berkata, mungkin tiada jodoh. fahamilah erti kata MUNGKIN itu. kerana ianya belum lagi menjadi sesuatu yang pasti. Jangan putus harapan. Jangan putus doa. Allah maha mendengar. 3 ways that Allah akan kabulkan doa kita (1) kabulkan pada masa kita inginkan (2) kabulkan di hari akhirat (3) ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
Jangan menanam dendam, berusaha bersihkan hati. Jaga budi bahasa dan peribadi agar tidak terkeluar sikit pun perkara yang merosakkan / mencalarkan nama baik kita.
lain org lain ujian hidupnya..teruskan berusaha jgn putus asa..
ReplyDelete