Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Saturday, January 5, 2013

TIPS BELAJAR LAST MINUTE

Aku tau ramai yang study last minute. Trend student skarang la, memang macam ni. Bila last minute ni, baru la nak menggelabah. Aku rasa aku boleh kongsi sikit, tips ataupun cara-cara yang mungkin boleh korang jadikan satu panduan. Aku tak terrer tapi nak cakap sikit-sikit tu, boleh laa kot..hehe

okeyh,, tengok tips kat bawah ni yep

  1. korang kena offline FB, twitter, Blog atau apa pun laman sosial. Kalau duk sibuk nak komen sana sini, mane sempat nak study nya. hehe...                                         
  2. Then, ambik la buku berkaitan, note kat kuliah / kelas, korang baca lah sebaik mungkin. Sambil baca, sambil tu laa duk catat nota sikit. Nota tuh tak payah laa buat panjang sangat. Buat secara pint atau peta minda. Make it simple tapi memudahkan korang faham / ingat.
  3.  Buat latihan atau past year question. Kalau tak der, korang try jer buat balik mid sem exam / latihan / assignment yang pernah lecturer / cikgu bagi. dari situ lah korang boleh dapat menggerakkan otak korang sekaligus melatih otak korang untuk jawab exam nanti yer.. hehe.
  4. Yang ni, penting sikit iaitu berkaitan dengan mind set. Sebelum study tuh, korang mesti betulkan niat, betulkan pemikiran. Niat lah kerana Allah, untuk dapatkan ilmu Allah. Jangan niat nak study sebab semata-semata nak jawab exam. Nanti korang akan rasa terlampau stress. Cuba bayangkan yerp, bila korang fikir study untuk exam, korang akan bertungkus lumus duk hafal situ sini sebab takut apa yang korang duk hafal tu akan masuk dalam exam. Memamng betul apa yang kita study akan masuk dalam exam. Tapi, bila duk hafal jer, korang tak akan faham apa yang korang hafal. Niatlah yang korang ni belajar untuk kegunaan ilmu tu seumur hidup dan menuntut ilmu kerana Allah. Korang akan jadi lebih tenang dan cuba untuk faham setiap subtopik yang ada..
  5.  Jangan study dalam keadaan tergesa-tergesa. Contohnya korang study cepat-cepat sebab nak habiskan 15-20 bab. tapi, sebenarnya, hal ni membahayakan korang. Baik korang study dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Cuba faham betul-betul konsep yang ada. Hal ni, lebih baik, daripada korang dah habis baca semua tapi hasilnya zero. ingat, Quality penting dari kuantiti. Fahamkan? hehe
  6.  Hal ni yang paling penting dan paling utama. Aku tulis kat bawah ni, supaya pesanan ni jadi pesanan yang terakhir dan lebih segar dari pesanan atau tips yang atas-atas tuh. Em, jangan lupa solat, doa pada Allah swt dan mintak restu ngan mak ayah yep..hehe

okeyh, sampai situ jer aku mampu pesan n bagi nasihat. Nanti ada apape aku tambah yep..hehe... Selamat maju jaya

Thursday, January 3, 2013

JANGAN PUTUS HARAPAN DAN DOA

Dah lame aku tak menaip di sini. Ada yang bertanya aku ke mana. Jawapannya aku tidak kemana-mana, dan aku masih perhatikan mereka yang keluar masuk dari blog aku nih. Cuma aku tak der mase nak update mane yang patut. aku sibuk dengan pekerjaan aku sebagai seorang student, suri rumah tangga, sebagai anak, sebagai........ (ermm,, semuanyalah,, taip panjang2 kan,, korang tido pulak kat sini).

Hari ni aku nak berkongsi cerita sikit. Ramai yang cepat tersungkur, terhantuk dan terngadah dalam dunia nih terutamanya selepas gagal lah.. Gagal dalam pelajaran, gagal dalam bercinta dan sebagainya. Hari aku nak bicarakan sikit soal cinta. Nak cakap panjang-panjang aku manusia jahil, tak der ilmu se tererr korang. Hidup aku pun lintang pukang lagi, masih lagi hanyut. tapi aku bekerja keras untuk berpaut pada mane-mane dahan pokok, ranting kayu yang tersadai sepanjang perjalanan hidup aku nih. Dengan harapan aku tak hanyut terlalu jauh dari dunia realiti yang bersangkut paut dan berpegang teguh pada Agama yang satu.

Soal cinta nih, memang sesuatu yang sukar untuk di fahami terutamanya pada anak-anak muda seperti aku nih. haha.. Muda lagi yer? (okeyh, mane yang berkenan, nak mengorat, isi form yang terdapat di blog aku nih k.) dah ler mengarut jer tu.. 

Memang ramai, yang hanyut sebab cinta terutamanya bila dah putus cinta.. Waktu putus cinta nih, muka macam ayam berak kapur. Waktu hubungan ada masalah pun macam tu jugak, waktu hubungan dah di tahap kritikal un, macam tu jugak jadinya. Senyum pun payah. Makan pun, tak yah pun tak per. Kalau makan nasi tuh sesuap pun dah kenyang. Tak tau laa kenapa. mengikut pengalaman aku dulu, tiap-tiap hari duk nangis. Macam orang tak siuman dah. Bukan aku putus asa, bukan aku tak tau Tuhan ade dekat dengan aku. Cuma aku rasa yang fikiran aku ni, serabut sangat dan aku cukup tak tau kenapa semua ni berlaku. Saalah kah aku? Mungkin juga. Aku manusia tidak sempurna yang tidak mungkin, untuk beri komitmen 100% untuk bahagiakan hati orang lain. huhu.. 

Orang di sekeliling kita pulak, mungkin duk sibuk, curahkan lagi cuka ke atas sebuah hati yang terluka. Cuba bayangkan perit yang melanda. haha.. pahit betul laa pengalaman hidup nih. 

By the way, its all the fact about life. Try to move on, and kalau ada jodoh, ada la.. But one thing aku nak share ngan korang. Semua tu berlaku mungkin sebab kesilapan, mungkin juga sebab Tuhan nak uji sejauh mana korang sayang kan si dia dan mungkin juga Tuhan nak korang mengerti sesuatu perkara. Tu semua aku tak tau. Hanya diri korang sendiri jer yang tahu. Try to find it. Benda tu ada dan korang harus faham hati korang sendiri, even it is not fully understanding of your heart. 

One more thing, mungkin semua kesakitan tu, menjadi satu titik perubahan untuk diri kita. Try to change positively. Try untuk lebih dekatkan diri pada Allah swt. Mungkin ni la cara Tuhan nak kita berpaling pada Dia. Kadang-kadang tanpa sedar, kita leka, kita lalai akan tanggungjawab kita pada Dia. Dan kadang-kadang kita sebenarnya tak faham apa erti cdinta. Dan pasti ke, rasa sayang yang ada tu tulus dari hati kita?

Cubalah untuk berubah, jangan putus dari berdoa tentang apa yang kita inginkan. Tak guna kalau berharap pada manusia, tapi letakkan lah harapan kita 100% kepada Maha Pencipta. Why? Bukankah setiap hati itu milik Allah swt? Kalau kita rindu pada dia, sedekahkanlah Al-fatihah dan kalau ada masa, bacakan Yassin untuk dia. Semoga hati dia tenang. Dan berdoalah kepada Dia untuk menjaga mereka yang kita cinta yang kita kasih itu. Dan satu perkara, berdoalah dengan ikhlas. Jangan berdoa untuk dia kerana kita ingin memiliki dia semata-mata. Allah Maha Mengetahui. Jika hati masih tidak tenang, banyakkan solat sunat taubat, luangkan masa di malam hari untuk bersujud pada Dia. kerana korang akan rasa nikmatnya solat di malam hari.Berbeza dengan sekadar solat Fardhu. 

Kadang kala ada yang berkata, mungkin tiada jodoh. fahamilah erti kata MUNGKIN itu. kerana ianya belum lagi menjadi sesuatu yang pasti. Jangan putus harapan. Jangan putus doa. Allah maha mendengar. 3 ways that Allah akan kabulkan doa kita (1) kabulkan pada masa kita inginkan (2) kabulkan di hari akhirat (3) ganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Jangan menanam dendam, berusaha bersihkan hati. Jaga budi bahasa dan peribadi agar tidak terkeluar sikit pun perkara yang merosakkan / mencalarkan nama baik kita.