Bismillahirrahmanirrahim...
Syukur alhamdulillah, kerana pada pagi ini, pada hari ini kita masih di kurniakan peluang untuk hidup, untuk menikmati kehidupan di dunia ini.. fikir-fikirkanlah, untuk apa kita hidup kerana kadang-kadang ianya dapat memotivasikan hidu kita agar lebih bersemangat menjalani hari ini. insyaAllah.
"Jangan Menghina Orang yang Ingin Berubah"
Mungkin ada sesetengah pihak yang berkata, "dulu jahat, sekarang ada hati nak buat baik", ada juga yang berkata "jangan jadikan agama untuk menutup kesilapan atau kesalahan yang lalu" dan macam-macam lagi pandangan negatif sesetengah pihak terhadap mereka yang ingin berubah ini. situasi seperti ini sebenarnya tidak seharusnya berlaku. kerana jangan kita lupa, siapakah yang membuatkan seseorang itu ingin berubah? Allah swt bukan? hatta diri kita sendiri pun perlu berubah, cuma hidayah yang dikurniakan itu antara samapai atau tak je pada kita ni. kalau tak dapat hidayah tu, apa maknanya? kita harus lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah swt untuk memperolehi hidayah dan keredhaan dari Nya.
Jangan pernah sesekali kita bersikap negatif terhadap mereka yang ingin berubah ini. sedangkan orang yang berubah itu boleh jadi lebih baik daripada individu yang hanya tahu berbicara dan merasakan dirinya sentiasa benar dan betul tanpa mengambil inisiatif untuk memperbeyulkan kesilapan diri sendiri. Mereka yang pernah melakukan silap besar yang mungkin kelihatan di mata anda itu adalah satu ujian dari Nya. ujian buat dia yang melaluinya dan ujian buat diri saudara/ saudarai yang melihatnya. Jangan pernah mengatakan diri kita ini benar-benar beriman selagi diri kita ini tidak di uji. ujian itu meningkatkan iman seseorang dan adakalanya ujian itu menjadikan diri kita lebih mengenali pencipta kita ini. Justeru itu, wajarkah bagi seseorang manusia menghina, merendahkan atau meperlekehkan individu-individu yang ingin berubah? perubahan itu perlu ada dalam setiap individu untuk menjadikan diri ini lebih baik. bukan untuk membanggakan kebaikan itu tapi untuk mendapatkan keredhaan dari Allah. marilah kita sama-sama berubah.
Jika saudara, saudari di luar sana yang merasakan diri kalian terlalu bagus dan merasakan layak untuk menghukum seseorang manusia, fikirkanlah kembali, siapakah yang berhak untuk itu? Dan jika anda merasakan diri anda terbaik, bimbinglah mereka..
sayidina
omar sebelum dapat hidayah seorang yg amat jahil bunuh anak perempuan, zina,
arak, maksiat tetapi Allah bg hidayah maka dia jadi khalifah Agung ... jgn
tengok orang dgn keburukan mereka sbb kita yg baik ni pun belum tentu akan
kekal baik ... Allah boleh uji kita dgn mcm2 mungkin kita akan berubah jadi
lebih teruk dari mererka sekarang ... tengoklah mereka dgn penuh rasa sayang,
hormat, dan rasa suka itulah yg nabi pancarkan pada umatnya sehingga
menjadikan islam tersebar sehingga ke hari ni ...
Jika seseorang yang ingin berubah berilah dia kata-kata semangat ;)
ReplyDeletesangat tertarik dengan artikel ni. :) nice info sis.
ReplyDeletekadang-kadang orang yang ingin berubah akan menjadi lebih baik perubahannya daripada kita :)
ReplyDelete