Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, July 11, 2012

Jangan Menghina Orang Ingin Berubah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur alhamdulillah, kerana pada pagi ini, pada hari ini kita masih di kurniakan peluang untuk hidup, untuk menikmati kehidupan di dunia ini.. fikir-fikirkanlah, untuk apa kita hidup kerana kadang-kadang ianya dapat memotivasikan hidu kita agar lebih bersemangat menjalani hari ini. insyaAllah.

"Jangan Menghina Orang yang Ingin Berubah"

Mungkin ada sesetengah pihak yang berkata, "dulu jahat, sekarang ada hati nak buat baik", ada juga yang berkata "jangan jadikan agama untuk menutup kesilapan atau kesalahan yang lalu" dan macam-macam lagi pandangan negatif sesetengah pihak terhadap mereka yang ingin berubah ini. situasi seperti ini sebenarnya tidak seharusnya berlaku. kerana jangan kita lupa, siapakah yang membuatkan seseorang itu ingin berubah? Allah swt bukan? hatta diri kita sendiri pun perlu berubah, cuma hidayah yang dikurniakan itu antara samapai atau tak je pada kita ni. kalau tak dapat hidayah tu, apa maknanya? kita harus lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah swt untuk memperolehi hidayah dan keredhaan dari Nya.

Jangan pernah sesekali kita bersikap negatif terhadap mereka yang ingin berubah ini. sedangkan orang yang berubah itu boleh jadi lebih baik daripada individu yang hanya tahu berbicara dan merasakan dirinya sentiasa benar dan betul tanpa mengambil inisiatif untuk memperbeyulkan kesilapan diri sendiri. Mereka yang pernah melakukan silap besar yang mungkin kelihatan di mata anda itu adalah satu ujian dari Nya. ujian buat dia yang melaluinya dan ujian buat diri saudara/ saudarai yang melihatnya. Jangan pernah mengatakan diri kita ini benar-benar beriman selagi diri kita ini tidak di uji. ujian itu meningkatkan iman seseorang dan adakalanya ujian itu menjadikan diri kita lebih mengenali pencipta kita ini. Justeru itu, wajarkah bagi seseorang manusia menghina, merendahkan atau meperlekehkan individu-individu yang ingin berubah? perubahan itu perlu ada dalam setiap individu untuk menjadikan diri ini lebih baik. bukan untuk membanggakan kebaikan itu tapi untuk mendapatkan keredhaan dari Allah. marilah kita sama-sama berubah. 

Jika saudara, saudari di luar sana yang merasakan diri kalian terlalu bagus dan merasakan layak untuk menghukum seseorang manusia, fikirkanlah kembali, siapakah yang berhak untuk itu? Dan jika anda merasakan diri anda terbaik, bimbinglah mereka..

sayidina omar sebelum dapat hidayah seorang yg amat jahil bunuh anak perempuan, zina, arak, maksiat tetapi Allah bg hidayah maka dia jadi khalifah Agung ... jgn tengok orang dgn keburukan mereka sbb kita yg baik ni pun belum tentu akan kekal baik ... Allah boleh uji kita dgn mcm2 mungkin kita akan berubah jadi lebih teruk dari mererka sekarang ... tengoklah mereka dgn penuh rasa sayang, hormat, dan rasa suka itulah yg nabi pancarkan pada umatnya sehingga menjadikan islam tersebar sehingga ke hari ni ... 


Sunday, July 8, 2012

Aku Ingin Berubah


Aku ingin berubah.. Ya Allah, bimbinglah hati ku ini di jalan yang diredhai Mu. Ampunkan aku Ya Allah,, aku hamba-Mu yang terlalu kerdil di bumi ini. Terlalu hina Ya Allah, ampunkan aku. Aku perlu berubah. Bersihkan lah diri ku ini dari segala dosa. Suci kanlah hati ku dan diri ini Ya Rabb.
Jika sebelum ini, aku kurang ikhlas dalam melakukan sesuatu, kini aku perlukan keikhlasan yang sebenar-benarnya ikhlas.

Jika sebelum ini, aku kurang ikhlas dalam menyayangi orang di sekeliling ku, kini aku perlu menyayangi mereka kerana Mu. Kerana mereka yang telah Engkau anugerahkan kepada ku. Mereka yang berharga untuk aku.

Jika sebelum ini, aku pernah berbohong dalam berkata-kata walau ianya sekecil-kecil penipuan, kini aku perlu menjadi seorang yang jujur sebenar-benarnya jujur. 

Jika sebelum ini aku pernah jadi seorang yang hipokrit. Mungkin dalam tidak aku sedar, aku adalah munafik,, kini aku perlu berhati-hati dalam satu-satu perkara. Aku benar-benar perlukan bimbingan dari Mu ya Tuhan ku. Engkaulah Tuhan ku. 

Jika sebelum ini aku bukan seorang yang prihatin, aku perlu berubah. Aku perlu prihatin terhadap keadaan sekelilingku. Agar kesusahan orang lain, dapat aku rasakan dan jadikan pengajaran untuk ku agar diri ini lebih dekat dengan Mu ya Allah. Ya Rabb...

Jika sebelum ini solatku tidak pernah cukup. Kini biarlah aku melengkapkan solat ku kerana itu perkara utama yang akan di hisab kelak. 

Jika sebelum ini, aku leka dalam solatku, kini biarlah ianya menjadi sumber ketenanganku dalam berbicara dengan Mu ya Allah.

Jika sebelum ini aku seorang yang sombong, angkuh dan berbangga dengan apa yang aku ada, aku harus tinggalkan segala rasa itu. Kerana setiap yang aku punyai hanya lah pinjaman dariNya.
Jika sebelum ini tahajudku hanya kadang-kadang.kini biarlah ianya menjadi hiasan di setiap malam-malam ku. Berharap agar Tuhan meredhai hidup  ini.

Jika sebelum ini hanya perkataan yang tidak baik yang dituturkan lidahku ini. Kini biarlah nama-nama Mu dan Rasul-Mu Muhammad SAW yang meniti bibir ini. 


Andai dulu aku terlalu jauh dari Mu. Terlalu leka dengan kehidupan ini, kini aku perlu berubah. Memperbetulkan diri ini. Memperbetulkan hubunganku dengan Mu, dengan keluargaku dan dengan seluruh makhluk di sekelilingku. Ampunkan aku Ya Allah, aku ingin berubah~


Thursday, July 5, 2012

Malam Nisfu Sya'ban

Bismillahirrahmanirrahim.. semoga setiap apa yang di tulis, di kongsi kan pada ini dapat dijadikan satu ilmu yang bermanfaat buat kita semua. semoga segalanya diredhai Allah swt.

Malam nisfu sya'ban adalah malam yang ke 15 dalam bulan sya'ban. malam ini adalah malam di mana nilainya adalah lebih baik dari seribu bulan.


Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan terbuka segala pintu langit;

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang;
  • Menyekutukan Allah dengan sesuatu,
  • Tukang sihir dan ahli nujum,
  • Derhaka terhadap ibubapa,
  • Peminum arak,
  • Penzina,
  • Pemakan riba,
  • Pembuat firnah,
  • Suka bermusuhan,
  • Menipu dalam perniagaan.
  • Memutuskan tali silaturrahim.

Hidupkan Malam Nisfu Syaaban
Daripada Aishah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya.
Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”
Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.
Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?”
Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.
Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat…”.    (Direkodkan oleh Baihaqi: Hadis Mursal)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
  • Kalimah syahadah,
  • Surah Yassin tiga kali,
  • Beristighfar,
  • Berselawat dan berdoa,
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

 C. Solat-solat sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah


Amalan-Amalan Sunat Dalam Bulan Syaaban
Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah.
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon keampunan ibu bapa.
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.

***Fadilat puasa pada bulan sya'ban***


1.   Berpuasa sehari.
a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.

2.   Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.
a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.

3.  Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 
a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.

4.  Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.
a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.

5.  Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.
Diampunkan dosa oleh Allah SWT

6.  Berpuasa sebulan.
a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.


*** p/s :- terlalu banyak kelebihan yang boleh kita dapat dalam bulan sya'ban.. namun, lakukan lah ianya kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah bukan untuk balasannya semata-semata...

wallahua'llam...

sumber:- http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/15/keagungan-dan-amalan-malam-nisfu-syaaban/