Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Wednesday, June 25, 2014

Busana Muslimah Menarik Dan Murah!



Pernah tidak rasa excited melihat koleksi terkini busana Mulsimah yang sangat gorgeous semuanya? Saya adalah antara daripada banyak peminat fesyen yang rasa begitu teruja melihat perkembangan yang cukup positif dalam dunia fesyen tempatan. Kelihatannya industri fesyen Malaysia sudah tidak lagi ‘gloomy’ atau ‘suram’ seperti dahulu. Kini kita dapat lihat banyak kemunculan koleksi terbaru pakaian Muslimah yang cantik-cantik belaka.

Apa yang paling ketara sekali ialah rekaan baju Muslimah terbaru lebih moden. Sentuhan kreatif yang diberikan oleh para pereka fesyen muda tempatan telah memperlihatkan dimensi baru bagi dunia fesyen tempatan. Rekaan mereka ini jauh lebih segar dan sesuai untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai bukti lihat sahaja fenomena fesyen Muslimah yang telah melanda sehingga ke peringkat global!



Busana Muslimah kini turut memperlihatkan gabungan sentuhan moden dan elemen tradisional. Pakaian tradisional atau traditional wear masih lagi memonopoli pasaran fesyen Muslimah. Namun seperti yang telah dikatakan tadi kemunculan dress Muslimah yang lebih moden telah menarik minat para pembeli. Dengan itu muncullah segala macam koleksi terbaru seperti baju kurung moden, jubah moden, jubah dress, baju kurung peplum moden dan kaftan untuk para wanita di luar sana.



Koleksi terkini BUSANA MUSLIMAH bukan sahaja boleh didapati di butik-butik pakaian terkemuka atau kedai pakaian biasa sahaja. Malah, ianya boleh didapati secara online juga. Terdapat banyak website online shopping Malaysia di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi baju Muslimah yang terbaik untuk wanita. Zalora Malaysia sebagai contohnya adalah destinasi online fesyen terkemuka yang boleh anda lawati. Mereka mempunyai pelbagai koleksi baju Muslimah yang menarik dalam seleksi baju raya 2014 tahun ini. Jom bergaya di pagi Syawal dengan busana Muslimah moden daripada Zalora!

Monday, June 16, 2014

Peduli Apa Kata Orang

Mulut orang ni, tak boleh kita nak tutup sesuka hati. Samalah macam mulut kita jugak. Tiada siapa yang boleh tutup. 

Dalam kehidupan kita ini, kadang-kadang kita jatuh, rebah. Kemudian kita bangkit. Kadang-kadang kita buat silap. Bila kita berusaha untuk berhijrah, untuk mencari Allah swt dengan sebenar-sebenarnya, waktu itu, mulalah mulut-mulut mereka itu untuk bersuara,

Ada masanya kita buat silap sikit saje. Tapi, mereka ini berbicara seperti kita buat silap yang sebesar-besarnya. Itulah manusia. 

Setiap malam, sebelum tidur, check laa diri kita dulu. Di khuatiri ada sikap sebegitu dalam diri kita.
Jika ada, ubahlah cara kita. Bangkit dari kesilapan, Mulakanlah sesuatu yang baru. 

Kemudian, pada mereka yang di hina, yang di maki hamun, yang di caci, yang di kritik.. Janganlah kalian bersedih. Kerana itulah ujian. Dan persiapkanlah diri untuk hadapi ujian itu. Hadapilah dengan tenang. Kita harus bersyukur andai mereka menghina, mencaci kita seperti itu. Kerana dari kata-kata mereka itu kita dapat memperbaiki diri kita. Andai mereka berkata kita busuk hati, suka buruk sangka dan sebagainya, janganlah kita rebah dan merasa diri tidak berguna. Jadikan, saat itu adalah titik untuk kita perbanyakkan istifagh.

Andai mereka keluarkan kata-kata kesat pada kita, janganlah kita balas menggunakan perkataan seperti itu juga. Jika itu yang kita lakukan, maka, apa bezanya kita dengan dia itu? 

Jalan hidup kita ini, ada dua. Jika kita mengikut aliran syaitan maka binasalah kita. Jika kita mengikut aliran Nabi kita, maka, berjayalah pada akhirnya.

Namun, perasaan marah kita pasti wujud di saat kita di hina, di caci dan di kritik. Maka cubalah sedaya mungkin untuk mengawal rasa marah itu. Kerana orang kuat itu, orang yang mampu mengawal rasa marahnya.

Kadang-kadang mereka yang berkata-kata, memburukkan kita, mereka ini seolah-olah telah lama mengenal kita. Lebih dari saudara mara dan sahabat rapat kita. Kadang-kadang mereka juga hanya mengenali kita melalui cerita-cerita orang lainnya. Tanpa mereka ketahui cerita yang sebenar, mereka telah mampu menilai kita. Itulah.. Dunia ini penuh tipu daya. Penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Maka, jagalah hubungan kita dengan Allah. Apabila hubungan kita dengan Allah semakin merapat, InsyaALLAH semuanya akan di permudahkan. Apabila hubungan kita dengan Allah baik, maka hubungan kita dengan manusia juga akan menjadi baik. TETAPI, bukanlah bermakna tidak akan ada orang yang tak suka kita. Sebab dalam dunia ni, memang akan ada orang yang suka dan tak suka kat kita. Kita bukan manusia yang sempurna. Tetapi, kita perlukan perubahan ke arah kebaikan. Pedulikan apa orang kata, yang penting, bagaimana diri kita ini?

p/s : saya menulis bukan kerana saya manusia yang mulia. bukan pula kerana saya menunjuk baik. tetapi saya menulis sekadar berkongsi setiap pengalaman dalam kehidupan dan sedikit kata semangat untuk saya dan kalian bangkit. andai saya seorang saje yang berubah, maka kuranglah keseronokkan itu..